Connect with us

Kolumnis

Pemberian projek DRT kepada suami Hannah Yeoh ‘morally wrong’?

Pada 15 Oktober 2014, portal Roketkini.com menerbitkan artikel yang mana Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ketika itu, Tony Pua mempersoalkan pemberian kontrak membekal label keselamatan bagi minuman keras bernilai RM77 juta kepada syarikat milik sepupu Datuk Seri Najib Razak secara rundingan terus.

Lidah Pengarang

Published

on

Foto: Suami Hannah Yeoh (kiri) & Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan).

Pada 15 Oktober 2014, portal Roketkini.com menerbitkan artikel yang mana Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ketika itu, Tony Pua mempersoalkan pemberian kontrak membekal label keselamatan bagi minuman keras bernilai RM77 juta kepada syarikat milik sepupu Datuk Seri Najib Razak secara rundingan terus.

Ahli Parlimen DAP itu merujuk laporan The Edge pada 12 September 2014 berhubung penganugerahan kontrak daripada Kastam Diraja Malaysia kepada Lembah Sari Sdn Bhd yang dimiliki Datuk Haris Onn Hussein – sepupu Perdana Menteri ketika itu dan juga adik kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein – untuk mereka, mencetak, membekal dan mengedarkan label keselamatan bagi minuman keras, bermula tahun 2014 sehingga 2019.

Tony Pua dalam kenyataannya mempersoalkan mengapa syarikat milik saudara menteri mendapat kontrak secara rundingan terus?

“Kerajaan perlu jawab mengapa syarikat milik saudara menteri mendapat kontrak secara rundingan terus?

“Adakah hanya mereka yang mampu cetak label keselamatan dalam negara? Atau mereka menawarkan harga kos paling rendah?” soalnya dalam sidang media di Parlimen ketika itu.

Ini cerita 2014, malangnya 10 tahun berlalu, hari ini negara masih berdepan dengan situasi isu penganugerahan kontrak projek kerajaan negeri secara rundingan terus.

Bezanya kali ini, parti politik yang satu ketika dulu mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam pemberian projek pula dikaitkan sebagai pihak tiada integriti.

Ia apabila Kerajaan Negeri Selangor dilapor menganugerahkan projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) secara rundingan terus kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobility), syarikat milik suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang merupakan Ahli Parlimen DAP.

Asia Mobility adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT.

Suami Hannah, Ramachandran Muniandy ialah Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility.

Banyak pihak mempertikaikan pelantikan Asia Mobility kerana khuatir wujud konflik kepentingan.

Dua senario ini iaitu pada 2014 dan 2024 sebenarnya membuktikan kegagalan ahli politik dalam melaksanakan ketelusan dan penuh integriti dalam setiap pemberian tender kerajaan, terutamanya Pakatan Harapan.

Ia berikutan parti politik itu sebelum ini berjanji bahawa mereka akan hapuskan semua rundingan terus dan menjadikan semuanya tender terbuka.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu menegaskan tiada lagi rundingan terus dalam perolehan kerajaan dan ia akan dihalang sama sekali.

Malangnya, saat perkara ini berlaku dalam kerajaan Perpaduan, ia seakan-akan dibenarkan.

Lebih-lebih lagi apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata tiada sebarang kesalahan mengikut undang-undang susulan pemberian kontrak terbabit kepada suami Hannah kerana projek DRT tersebut tiada kaitan dengan Hannah.

Lainlah kalau KBS yang memberi kontrak kepada syarikat berkenaan, kata Azam Baki.

Jika beginilah sikap ahli politik, tidak merasalah rakyat Malaysia untuk punya sebuah kerajaan yang benar-benar tulus serta telus dalam memperjuangkan sebuah pentadbiran yang penuh integriti.

Sebelum dapat kuasa pelbagai janji manis ditabur, namun semuanya hilang atau buat-buat lupa bila terlena dengan empuknya kerusi kuasa.

Duhai rakyat Malaysia, kasihannya kita. – The Merdeka

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Publisiti meluas ‘kelebihan’ sekolah Cina, media jangan korbankan jati diri negara

Hari ini (semalam) akhbar Sinar Harian memberikan ruang yang begitu meluaskan mengenai kebaikan Sekolah Cina, melibatkan SJKC, SMJKC dan Sekolah Persendirian Cina. 

Avatar

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Hari ini (semalam) akhbar Sinar Harian memberikan ruang yang begitu meluaskan mengenai kebaikan Sekolah Cina, melibatkan SJKC, SMJKC dan Sekolah Persendirian Cina. 

Saya tidak pasti apakah ruang ini dibayar oleh pihak  berkepentingan Cina atau tidak, tetapi publisitinya begitu meluas, seolah-olah sekolah Cina ini adalah segala-galanya, langsung tidak ada kelemahan.

Apakah akhbar Sinar Harian mahu menjadi alat propaganda kepada Pendidikan Cina? Apa pun saya masih bersangka baik lagi kepada akhbar ini kerana saya kenal rapat dengan pemiliknya

Saya fikir orang yang mengeluarkan kenyataan atau menulis tentang Pendidikan Cina dalam akhbar ini, tidak lain, untuk menarik seramai mana orang Melayu yang mungkin, bagi memastikan sekolah Cina terus kekal relevan, lebih-lebih lagi apabila mendapat sambutan daripada orang Melayu.  

Almaklum sahajalah, Pendidikan Cina hari ini sedang hangat diperkatakan. 

Terbaharu, kenyataan menolak penggunaan bahasa Melayu di Sekolah Cina untuk subjek Sains dan Matematik.

Sepatutnya akhbar Sinar Harian, perlu berlaku adil. Takkan selama ini banyak kelemahan dalam institusi pendidikan ini yang saya bentang, langsung tidak diberikan perhatian. 

Hanya mungkin kerana ruang itu berbayar, maka kita siarkan semua kebaikannya tanpa menoleh ke belakang sedikit. 

Janganlah begitu Sinar Harian. Buatlah Wacana antara saya dengan pejuang-pejuang bahasa Cina itu, kita debatkan secara adil

Jangan hanya kerana kita dibayar, maka kita sanggup korbankan jati diri negara ini. Berlaku adillah, ada pro, mestinya ada kontranya. Muhasabahlah. – The Merdeka Times

Penulis adalah Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN) yang juga penganalisis politik dan pendakwah bebas.

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending