Terkini
Kesedaran dakwah antara sepuluh sebab Melayu hantar anak belajar di SJKC – Ridhuan Tee
Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggariskan sepuluh sebab mengapa orang Melayu menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
- Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggariskan sepuluh sebab mengapa orang Melayu menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
- Antara digariskan beliau adalah kesedaran dakwah bagi orang Islam, mempelajari bahasa asing demi sebuah maslahah dan menjadikan ia sebagai wasilah ataupun cara dalam berdakwah kepada manusia.
- Menurutnya, orang Melayu menghantar anak mereka ke SJKC kerana kedudukan bahasa Melayu anak mereka sudah kukuh dan fasih.
- “Menguasai bahasa lain adalah suatu kredit atau tuntutan dalam Islam. Islam menggalakkan umatnya belajar bahasa asing agar tidak mudah ditipu, selain alat dakwah.
- “Maklumlah sahajalah ultra kiasu hari ini menguasai ekonomi, boleh dikatakan semua notis dan iklan mereka dalam bahasa Cina, mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka menggunakan bahasa Cina, sebagai bahasa utama. Dengan adanya orang Melayu menguasai bahasa Cina, lebih memudahkan Melayu menghampiri orang Cina,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
- Ridhuan Tee berkata demikian ketika mengulas persoalan dibangkitkan sayap Pemuda Pakatan Harapan (PH) mengenai tindakan pemimpin PAS menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Profesor Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggariskan sepuluh sebab mengapa orang Melayu menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Antara digariskan beliau adalah kesedaran dakwah bagi orang Islam, mempelajari bahasa asing demi sebuah maslahah dan menjadikan ia sebagai wasilah ataupun cara dalam berdakwah kepada manusia.
Menurutnya, orang Melayu menghantar anak mereka ke SJKC kerana kedudukan bahasa Melayu anak mereka sudah kukuh dan fasih.
“Menguasai bahasa lain adalah suatu kredit atau tuntutan dalam Islam. Islam menggalakkan umatnya belajar bahasa asing agar tidak mudah ditipu, selain alat dakwah.
“Maklumlah sahajalah ultra kiasu hari ini menguasai ekonomi, boleh dikatakan semua notis dan iklan mereka dalam bahasa Cina, mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka menggunakan bahasa Cina, sebagai bahasa utama. Dengan adanya orang Melayu menguasai bahasa Cina, lebih memudahkan Melayu menghampiri orang Cina,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Ridhuan Tee berkata demikian ketika mengulas persoalan dibangkitkan sayap Pemuda Pakatan Harapan (PH) mengenai tindakan pemimpin PAS menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Difahamkan, perkara itu timbul ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Antara sebab lain, Ridhuan Tee percaya apabila seseorang bukan Cina menguasai bahasa itu mereka lebih mudah menghampiri golongan tersebut dan membolehkannya mengetahui rahsia mereka.
“…Anak Melayu di SJKC akan menjadi semakin terbuka dan kuat semangat patriostism dalam misi ‘menyunatkan’ anak Cina,” katanya.
Beliau berkata asbab mengeratkan lagi perpaduan adalah tuntutan agama, malah di SJKC mudah mendapat skor A berbanding sekolah kebangsaan.
“Ambil anak Melayu di SJKC dengan anak Cina di SJKC. Bandingkan kedua-duanya. Mana yang lebih mudah bergaul atau menyesuaikan diri dengan bangsa yang berbeza dengannya. Murid Melayu di SJKC jauh lebih mudah menyesuaikan diri dengan bukan Melayu daripada murid Cina SJKC untuk menyesuaikan diri dengan bukan Cina. Terlalu kekok. Sebab itu, ada segelintir Melayu menghantar anaknya ke SJKC bagi tujuan murni tersebut.
“Tidak dinafikan murid Melayu yang ada kelebihan bahasa Cina, lebih mudah mendapat kerja di syarikat Cina, terutama bank Cina, bagi tujuan menarik pelanggan Melayu,” katanya. – The Merdeka Times