Connect with us

Terkini

Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah antara negeri tertinggi masalah daftar kelahiran anak

Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah, iaitu empat negeri yang bersempadan Malaysia-Thailand, dikenal pasti antara negeri tertinggi mempunyai masalah mendaftarkan kelahiran anak kerana perkahwinan tidak teratur.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah, iaitu empat negeri yang bersempadan Malaysia-Thailand, dikenal pasti antara negeri tertinggi mempunyai masalah mendaftarkan kelahiran anak kerana perkahwinan tidak teratur.
  • Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias berkata antara punca utama majoriti kanak-kanak dilahirkan tidak memiliki dokumen pengenalan diri adalah kerana perkahwinan tidak teratur dan tidak didaftarkan.
  • Beliau berkata kebiasaannya perkahwinan kedua di luar negara tanpa kebenaran dan pasangan tidak mendaftarkan semula status perkahwinan di dalam negara menyukarkan pendaftaran anak-anak sebagai warganegara.
  • “Justeru pihak kami menyarankan mana-mana pasangan yang berkahwin di luar supaya mendaftarkan perkahwinan mereka kerana ia memberi kesan yang besar kepada taraf kerakyatan anak di kemudian hari,” katanya dipetik Harian Metro di sidang media selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri kepada Afiq Aiman Muhamad, 22, yang terlantar sejak lebih 20 tahun lalu di Kampung Chenok di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

KUALA LUMPUR — Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah, iaitu empat negeri yang bersempadan Malaysia-Thailand, dikenal pasti antara negeri tertinggi mempunyai masalah mendaftarkan kelahiran anak kerana perkahwinan tidak teratur.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias berkata antara punca utama majoriti kanak-kanak dilahirkan tidak memiliki dokumen pengenalan diri adalah kerana perkahwinan tidak teratur dan tidak didaftarkan.

Beliau berkata kebiasaannya perkahwinan kedua di luar negara tanpa kebenaran dan pasangan tidak mendaftarkan semula status perkahwinan di dalam negara menyukarkan pendaftaran anak-anak sebagai warganegara.

“Justeru pihak kami menyarankan mana-mana pasangan yang berkahwin di luar supaya mendaftarkan perkahwinan mereka kerana ia memberi kesan yang besar kepada taraf kerakyatan anak di kemudian hari.

“Komitmen kami adalah untuk membantu segala urusan JPN, walau bagaimanapun hak mendaftar perkahwinan adalah bergantung kepada individu masing-masing,” katanya dipetik Harian Metro di sidang media selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri kepada Afiq Aiman Muhamad, 22, yang terlantar sejak lebih 20 tahun lalu di Kampung Chenok di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Badrul Hisham berkata JPN berperanan dalam merekodkan semua maklumat pemohon untuk membantu pasangan mendapatkan dokumen penting untuk anak mereka.

Katanya, sememangnya menjadi hak masyarakat untuk mendaftar perkahwinan dan pihaknya membantu mereka mendapatkan dokumen. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending