Terkini
Jangan jadikan had sebagai alasan sekat kebebasan media – Pengamal media
Kebebasan media, termasuk di Malaysia, mempunyai had, namun ia tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk mengekang peranannya di negara ini, kata pengamal media, Syahril A Kadir.
- Kebebasan media, termasuk di Malaysia, mempunyai had, namun ia tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk mengekang peranannya di negara ini, kata pengamal media, Syahril A Kadir.
- “Kita tertakluk daripada segi undang-undang, peraturan, akta… part of that kita kena juga dari segi sosio budaya, agama kita juga negara berbilang bangsa keturunan, jadi of course (tentunya) ada limitation (kekangan) tak boleh bebas 100 percent begitu sahaja mesti ada had. Cuma persoalannya sekarang yang dikatakan limitation tu, limit macam mana…
- “… saya merasakan bahawa ya, perlu ada limit (kekangan) bila bicara tentang kebebasan media, tapi pada masa sama jangan menggunakan alasan itu untuk mengekang media di negara kita,” kata Syahril yang juga Pengasas Tanah Berdaulat TV ketika ditemui Merdeka Times di Solaris Mont Kiara di sini pada Selasa.
- Syahril berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang jatuh pada kedudukan ke-107 berbanding tangga ke-73 pada tahun lalu.
- Pengamal media, Firdaus Azil pula percaya sekatan terhadap beberapa portal berita sebelum ini turut menyumbang kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.
- “Zaman sekarang ini, kita kena ingat demokrasi kita sudah berubah. Tiada lagi kerajaan akan kekal kerajaan, pembangkang kekal pembangkang. Masing-masing sudah menjadi kerajaan dan pembangkang. Kalau dahulu dijanjikan kebebasan media yang berpatutan, maka perlu kotakan apa yang dicakap (dikatakan) itu,” kata Firdaus.
KUALA LUMPUR – Kebebasan media, termasuk di Malaysia, mempunyai had, namun ia tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk mengekang peranannya di negara ini, kata pengamal media, Syahril A Kadir.
Beliau mengakui tiada istilah kebebasan mutlak dalam media yang tertakluk kepada beberapa faktor, termasuk undang-undang.
“Saya ingin tegaskan di sini dalam apa benda sekalipun, tidak ada kebebasan yang mutlak dalam konteks media pun begitu. Mana mungkin kita boleh enjoy (nikmati) 100 percent kebebasan dalam konteks Malaysia.
“Kita tertakluk daripada segi undang-undang, peraturan, akta… part of that kita kena juga dari segi sosio budaya, agama kita juga negara berbilang bangsa keturunan, jadi of course (tentunya) ada limitation (kekangan) tak boleh bebas 100 percent begitu sahaja mesti ada had. Cuma persoalannya sekarang yang dikatakan limitation tu, limit macam mana…
“… saya merasakan bahawa ya, perlu ada limit (kekangan) bila bicara tentang kebebasan media, tapi pada masa sama jangan menggunakan alasan itu untuk mengekang media di negara kita,” kata Syahril yang juga Pengasas Tanah Berdaulat TV ketika ditemui Merdeka Times di Solaris Mont Kiara di sini pada Selasa.
Syahril berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang jatuh pada kedudukan ke-107 berbanding tangga ke-73 pada tahun lalu.
Berhubung isu itu, Syahril yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang media menimbulkan persoalan mengenai kayu ukur RSF berhubung indeks itu sama ada ia turut melibatkan tindakan Malaysia ke atas laporan mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) .
“Of course (tentunya) kita media di Malaysia ini ada had dalam melaporkan berita-berita sebegitu, tetapi mungkin bagi negara Barat sebarang usaha untuk menyekat berita-berita mengenai LGBT dianggap sebagai menyekat kebebasan bersuara.
“Kalau itu dijadikan ukuran so memang patutlah kita jatuh. Tetapi kalaulah benda-benda lain, contohnya laporan untuk menambah baik sesebuah pengurusan kerajaan itu dianggap sebagai ancaman lalu harus disekat, blacklist, ditutup dan sebagainya, yang itu satu yang tidak elok dan sudah pasti kerajaan kena buat sesuatu,” kata Syahril.
Mengulas lanjut, Syahril turut menyambut baik keterbukaan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengadakan perbincangan dengan pihak RSF berhubung perkara itu.
“Saya difahamkan YB Fahmi berkata mereka willing (bersedia) untuk mendengar dan memperbaiki mana-mana… atau membuat penambahbaikan hasil daripada laporan dikemukakan oleh RSF. Itu point saya yang pertama, maknanya ada sifat keterbukaan di situ untuk menerima pandangan dan menambah baik sekiranya dirasakan perlu,” katanya.
Pengamal media, Firdaus Azil pula percaya sekatan terhadap beberapa portal berita sebelum ini turut menyumbang kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.
Beliau menyarankan kerajaan bersikap lebih terbuka menangani kritikan dan berbincang dengan pihak terbabit sekiranya kritikan itu berasas.
“Zaman sekarang ini, kita kena ingat demokrasi kita sudah berubah. Tiada lagi kerajaan akan kekal kerajaan, pembangkang kekal pembangkang.
“Masing-masing sudah menjadi kerajaan dan pembangkang. Kalau dahulu dijanjikan kebebasan media yang berpatutan, maka perlu kotakan apa yang dicakap (dikatakan) itu.
“Takkanlah dulu kritik media tak bebas, bila jadi kerajaan buat pula media tak bebas,” kata wartawan penyiaran itu ketika ditemui Putrajaya International Convention Centre (PICC) di sini semalam. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia