Antarabangsa
Helikopter dinaiki Presiden Iran terhempas
Helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai kanan terhempas di barat laut Iran pada Ahad, lapor RT memetik laporan TV Iran dan media tempatan.

- Helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai kanan terhempas di barat laut Iran pada Ahad, lapor RT memetik laporan TV Iran dan media tempatan.
- Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi dilaporkan mengesahkan helikopter dinaiki Raisi telah melakukan “pendaratan keras” di bandar Jolfa di wilayah Azerbaijan Timur di barat laut Iran.
- Beberapa pegawai kanan termasuk Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan Gabenor Azerbaijan Timur, Malek Rahmati, menaiki helikopter sama.
- Pasukan penyelamat dilaporkan tiba di tempat kejadian beberapa jam selepas insiden dan memulakan operasi mencari sedang berlaku.
- Cuaca berkabus dan kawasan tidak dapat dilalui menyukarkan operasi pencarian, lapor IRNA.
- Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung kerosakan dan kecederaan insiden nahas helikopter membabitkan Presiden Iran itu dilaporkan media.
- Terdahulu pada Ahad, Presiden Ebrahim Raisi dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menghadiri majlis perasmian empangan di Sungai Aras yang dibina kedua-dua negara berjiran itu.
Helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai kanan terhempas di barat laut Iran pada Ahad, lapor RT memetik laporan TV Iran dan media tempatan.
Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi dilaporkan mengesahkan helikopter dinaiki Raisi telah melakukan “pendaratan keras” di bandar Jolfa di wilayah Azerbaijan Timur di barat laut Iran.
Beberapa pegawai kanan termasuk Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan Gabenor Azerbaijan Timur, Malek Rahmati, menaiki helikopter sama, menurut beberapa laporan.
Pasukan penyelamat dilaporkan tiba di tempat kejadian beberapa jam selepas insiden dan memulakan operasi mencari yang sedang berlaku.
Cuaca berkabus dan kawasan tidak dapat dilalui menyukarkan operasi pencarian, lapor IRNA.
Memetik Ketua Bulan Sabit Merah di negara terbabit, agensi berita Iran itu berkata jumlah anggota menyelamat dihantar ke kawasan terbabit meningkat dari 20 kepada 40 pasukan.
Agensi berita Tasnim melaporkan ada tiga helikopter dalam konvoi Presiden Iran itu dengan dua daripadanya, membawa beberapa menteri dan pegawai, dilaporkan selamat tiba di destinasi.
Agensi berita itu melaporkan beberapa pegawai bersama Raisi ketika kejadian terbabit sempat memaklumkan apa yang menggambarkan bahawa insiden itu tidak menyebabkan kecederaan serius.
Terdahulu pada Ahad, Presiden Ebrahim Raisi dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menghadiri majlis perasmian empangan di Sungai Aras yang dibina kedua-dua negara berjiran itu.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung kerosakan dan kecederaan insiden nahas helikopter membabitkan Presiden Iran itu dilaporkan media. – The Merdeka Times
