Antarabangsa
Enam lagi kapal diserang Houthi Yaman dengan dron, peluru berpandu
Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu mendakwa menyasarkan enam kapal di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di Laut Merah.
- Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu mendakwa menyasarkan enam kapal di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di Laut Merah.
- Jurucakap Houthi Yahya Saree dalam satu kenyataan dipetik agensi berita Anadolu berkata pejuang Houthi menyerang menggunakan dron dan peluru berpandu kapal Laax, Morea dan Sealady di Laut Merah.
- Beliau memberitahu dua lagi kapal, Alba dan Maersk, disasarkan di Laut Arab dan Minerva Antonia di Laut Mediterranean.
- Jurucakap Houthi itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai kewarganegaraan kapal-kapal yang disasarkan.
- “Serangan-serangan ini dilakukan terhadap kapal-kapal tersebut kerana melanggar keputusan (Houthi) melarang akses ke pelabuhan-pelabuhan Palestin yang diduduki,” katanya merujuk kepada rejim Israel.
Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu mendakwa menyasarkan enam kapal di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di Laut Merah.
Jurucakap Houthi Yahya Saree dalam satu kenyataan dipetik agensi berita Anadolu berkata pejuang Houthi menyerang menggunakan dron dan peluru berpandu kapal Laax, Morea dan Sealady di Laut Merah.
Beliau memberitahu dua lagi kapal, Alba dan Maersk disasarkan di Laut Arab dan Minerva Antonia di Laut Mediterranean.
Jurucakap Houthi itu bagaimanapun tidak memberikan butiran kewarganegaraan kapal-kapal yang disasarkan.
“Serangan-serangan ini dilakukan terhadap kapal-kapal tersebut kerana melanggar keputusan (Houthi) melarang akses ke pelabuhan-pelabuhan Palestin yang diduduki,” katanya merujuk kepada rejim Israel.
Kumpulan Houthi menyasarkan kapal dimiliki, berdaftar, dikendalikan, atau menuju ke pelabuhan Israel di Laut Merah dan Teluk Aden dengan peluru berpandu dan dron sebagai solidariti dengan Gaza, Palestin, yang diserang hebat rejim Israel sejak 7 Oktober lalu.
Dengan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan udara balas terhadap tapak-tapak Houthi di dalam Yaman, Houthi mengisytiharkan kumpulan itu menganggap semua kapal Amerika dan British sebagai sasaran ketenteraan. – The Merdeka Times