Connect with us

Antarabangsa

Enam lagi kapal diserang Houthi Yaman dengan dron, peluru berpandu

Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu mendakwa menyasarkan enam kapal di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di Laut Merah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu mendakwa menyasarkan enam kapal di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di Laut Merah.
  • Jurucakap Houthi Yahya Saree dalam satu kenyataan dipetik agensi berita Anadolu berkata pejuang Houthi menyerang menggunakan dron dan peluru berpandu kapal Laax, Morea dan Sealady di Laut Merah.
  • Beliau memberitahu dua lagi kapal, Alba dan Maersk, disasarkan di Laut Arab dan Minerva Antonia di Laut Mediterranean.
  • Jurucakap Houthi itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai kewarganegaraan kapal-kapal yang disasarkan.
  • “Serangan-serangan ini dilakukan terhadap kapal-kapal tersebut kerana melanggar keputusan (Houthi) melarang akses ke pelabuhan-pelabuhan Palestin yang diduduki,” katanya merujuk kepada rejim Israel.

Kumpulan Houthi Yaman pada Rabu mendakwa menyasarkan enam kapal di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di Laut Merah.

Jurucakap Houthi Yahya Saree dalam satu kenyataan dipetik agensi berita Anadolu berkata pejuang Houthi menyerang menggunakan dron dan peluru berpandu kapal Laax, Morea dan Sealady di Laut Merah.

Beliau memberitahu dua lagi kapal, Alba dan Maersk disasarkan di Laut Arab dan Minerva Antonia di Laut Mediterranean.

Jurucakap Houthi itu bagaimanapun tidak memberikan butiran kewarganegaraan kapal-kapal yang disasarkan.

“Serangan-serangan ini dilakukan terhadap kapal-kapal tersebut kerana melanggar keputusan (Houthi) melarang akses ke pelabuhan-pelabuhan Palestin yang diduduki,” katanya merujuk kepada rejim Israel.

Kumpulan Houthi menyasarkan kapal dimiliki, berdaftar, dikendalikan, atau menuju ke pelabuhan Israel di Laut Merah dan Teluk Aden dengan peluru berpandu dan dron sebagai solidariti dengan Gaza, Palestin, yang diserang hebat rejim Israel sejak 7 Oktober lalu.

Dengan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan udara balas terhadap tapak-tapak Houthi di dalam Yaman, Houthi mengisytiharkan kumpulan itu menganggap semua kapal Amerika dan British sebagai sasaran ketenteraan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending