Terkini
(VIDEO) Akmal Saleh berang 34 murid sekolah agama terpaksa belajar atas lantai angkara birokrasi
Amalan birokrasi didakwa membabitkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hingga menyebabkan 34 murid sebuah sekolah agama di negeri itu terpaksa belajar di atas lantai dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.
- Amalan birokrasi didakwa berlaku membabitkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hingga menyebabkan 34 murid sebuah sekolah agama di negeri itu terpaksa belajar di atas lantai dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.
- Akmal Saleh turut menempelak seorang lelaki dipercayai pegawai JAIM kerana gagal memastikan kemudahan kerusi dan meja dapat digunakan murid sedangkan peruntukan disalurkan pada Disember 2023.
- Beliau yang mengadakan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan selepas menerima aduan ibu bapa murid terbabit, berasa sedih dengan keadaan murid sekolah itu duduk di lantai beralaskan tikar getah ketika mengikuti pembelajaran di kelas berkenaan.
- “Takkan dari bulan 12 dapat peruntukan, (peruntukan) dah masuk bulan 12 perlukan masa sampai 5 bulan (untuk dapatkan kerusi dan meja)? Ustaz tengok anak-anak ini, ustaz rasa selesa ke?
- “Inilah masalahnya kita ambil sambil lewa aduan daripada guru besar dah bagi tahu lama kita ambil sambil lewa kita bagi orang ini buat, orang ini buat, yang buat birokrasi banyak akhirnya 5 bulan dah hari ini ustaz,” katanya menerusi video berdurasi 3 minit 53 saat yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.
- “Tidak boleh saya terima apabila anak-anak kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja dan kerusi. Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya,” kata Dr Akmal.
KUALA LUMPUR — Amalan birokrasi didakwa membabitkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hingga menyebabkan 34 murid sebuah sekolah agama di negeri itu terpaksa belajar di atas lantai dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Akmal Saleh yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menempelak seorang lelaki dipercayai pegawai JAIM kerana gagal memastikan kemudahan kerusi dan meja dapat digunakan murid sedangkan peruntukan disalurkan pada Disember 2023.
Beliau yang mengadakan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan selepas menerima aduan ibu bapa murid terbabit, berasa sedih dengan keadaan murid sekolah itu duduk di lantai beralaskan tikar getah ketika mengikuti pembelajaran di kelas berkenaan.
ADUN Merlimau itu juga dilihat berang apabila lelaki tersebut seakan tidak mengetahui kos pembelian meja dan kerusi untuk murid-murid sekolah tersebut, sebaliknya meminta pegawainya datang.
“Takkan dari bulan 12 dapat peruntukan, (peruntukan) dah masuk bulan 12 perlukan masa sampai 5 bulan (untuk dapatkan kerusi dan meja)? Ustaz tengok anak-anak ini, ustaz rasa selesa ke?
“Berapa banyak ini bajet ini (kerusi dan meja)? Berapa bajet ini? Ustaz pun tak tahu.
“Inilah masalahnya kita ambil sambil lewa aduan daripada guru besar dah bagi tahu lama kita ambil sambil lewa kita bagi orang ini buat, orang ini buat, yang buat birokrasi banyak akhirnya 5 bulan dah hari ini ustaz,” katanya menerusi video berdurasi 3 minit 53 saat yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.
Akmal Saleh turut menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salha Saleh bagi mendapatkan penjelasan mengenai peruntukan itu apabila lelaki terbabit mendakwa pihak tersebut yang lambat menguruskan hal itu.
Ini kerana perbincangan di antara mereka sebelum ini menerusi mesyuarat EXCO dikatakan tiada sebarang isu, malah perkara itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga bulan sahaja memandangkan bajet sudah diberikan.
Dakwaan lelaki itu bagaimanapun dinafikan Salha yang kembali menyoal alasan pihaknya dikatakan lambat dalam menguruskan peruntukan tersebut.
“Dia salahkan kewangan yang lambat. Ah saya tak tahu (kenapa) dia kata kewangan lambat ini saya call Datuk Salha depan dia ini.
“Sebab birokrasi JAIM ini saya kata! Birokrasi JAIM ni yang melambatkan kerja.
“Kalau nak kerja buat cara kerja ustaz janganlah sambil lewa! Sambil lewa ni anak-anak kita (yang kena hadap) masalah ustaz… Kita ini semua penjawat awam kita ini berkhidmat untuk rakyat kalau tak boleh pergi tak apa saya bawa dalam EXCO kita reshuffle semua JAIM ini senang,” katanya bertambah berang apabila lelaki terbabit memaklumkan memerlukan tambahan tiga bulan untuk menyelesaikan masalah itu.
Akmal Saleh akhirnya memutuskan untuk membeli fasiliti diperlukan 34 murid sekolah agama itu.
“Tidak boleh saya terima apabila anak-anak kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja dan kerusi. Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya,” kata ADUN Merlimau itu. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
View this post on Instagram