Connect with us

Terkini

Pesta Songkran: Dulu Pemuda PAS Kampar bantah, kini Kedah jadikan produk pelancongan negeri

Songkran perayaan tahun baru tradisional Siam yang turut disambut masyarakat terbabit di negeri Kedah akan diketengahkan sebagai produk pelancongan negeri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sambutan Pesta Songkran di Kedah.
  • Songkran perayaan tahun baru tradisional Siam yang turut disambut masyarakat terbabit di negeri Kedah akan diketengahkan sebagai produk pelancongan negeri.
  • Pesta Songkran itu yang lebih dikenali sebagai Pesta Mandi Air di mana pihak terbabit akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.
  • Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan NGO Negeri Kedah, Wong Chia Zhen berkata penganjuran Sambutan Pesta Songkran pada tahun ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Wat Lamdin. 
  • “Sambutan Pesta Songkran ini juga, mampu menjadi salah satu produk pelancongan kepada negeri Kedah dengan menarik minat pelancong dalam dan luar negeri untuk merasai sambutan Pesta Songkran diadakan pada setiap tahun. 
  • “Penyertaan aktiviti di Pesta Songkran bukan hanya terbuka kepada masyarakat Siam sahaja, tetapi masyarakat atau kaum lain masih boleh bersama-sama ke Pesta Songkran ini untuk merasai pengalaman sambutan Pesta Songkran seperti di sambut di Thailand,” katanya menerusi hantaran di Facebook Warta Kedah dalam ucapan perasmian Majlis Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 di Wat Lamdin, Kampung Lamdin di Padang Terap pada Sabtu.
  • Pada Ogos 2023, media melaporkan Pemuda PAS Kawasan Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom pada 26 dan 27 Ogos 2023.
  • Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman berasa kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam kerana terdapat unsur-unsur adat keagamaan Buddha.

KUALA LUMPUR — Songkran perayaan tahun baru tradisional Siam yang turut disambut masyarakat terbabit di negeri Kedah akan diketengahkan sebagai produk pelancongan negeri.

Pesta Songkran itu yang lebih dikenali sebagai Pesta Mandi Air di mana pihak terbabit akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan NGO Negeri Kedah, Wong Chia Zhen berkata penganjuran Sambutan Pesta Songkran pada tahun ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Wat Lamdin. 

Katanya, penganjuran Program Pesta Songkran itu dapat memberi peluang kepada masyarakat Siam di Kedah untuk meraikan Perayaan Songkran, selain dapat menjadi tarikan kepada masyarakat atau kaum lain mengenali budaya masyarakat Siam di negeri berkenaan.

“Sambutan Pesta Songkran ini juga, mampu menjadi salah satu produk pelancongan kepada negeri Kedah dengan menarik minat pelancong dalam dan luar negeri untuk merasai sambutan Pesta Songkran yang diadakan pada setiap tahun. 

“Penyertaan aktiviti di Pesta Songkran bukan hanya terbuka kepada masyarakat Siam sahaja, tetapi masyarakat atau kaum lain masih boleh bersama-sama ke Pesta Songkran ini untuk merasai pengalaman sambutan Pesta Songkran seperti di sambut di Thailand.

“Saya mewakili Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Negeri berhasrat membawa Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah ini keluar dari kelaziman di mana, setiap tahun kita akan menganjurkan Sambutan Pesta Songkran ini di kawasan Wat sahaja. 

“Tetapi pada tahun hadapan, saya akan cuba menganjurkan Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah ini ke kawasan-kawasan tumpuan pelancongan seperti di Alor Setar,” katanya menerusi hantaran di Facebook Warta Kedah dalam ucapan perasmian Majlis Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 di Wat Lamdin, Kampung Lamdin di Padang Terap pada Sabtu.

Chia Zhen berkata usaha itu selaras dengan pengumuman Menteri Besar Kedah bahawa Kerajaan Negeri berkenaan akan menganjurkan Program Tahun Melawat Kedah 2025 bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri Kedah yang kaya dengan warisan, kebudayaan pelbagai kaum dan khazanah alam.

“Kerajaan Negeri meletakkan Pesta Songkran dan Loi Kratong dalam kalendar pelancongan negeri bagi menarik lebih ramai masyarakat Siam termasuk rakyat dari negara Thailand.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya dapat hadir menyaksikan sendiri pesta Songkran yang akan diadakan di mana-mana sahaja dalam Negeri Kedah ini sempena Tahun Melawat Kedah 2025 nanti,” katanya. 

Difahamkan, menjadi sebahagian budaya dan tradisi masyarakat Thai untuk menyambut tahun baharu dengan menyimbah air terhadap satu sama lain bagi mencuci dosa dan nasib malang dengan mempercayai ini akan membawa tuah serta rahmat bagi tahun mendatang.

Selain daripada pertempuran air, Songkran disambut dengan mengunjungi wat untuk melakukan acara memandikan patung Buddha.

Ketika upacara ini air wangi dicurahkan ke atas patung-patung itu sebagai simbolik kepada pencucian dosa daripada tahun lalu. 

Pada Ogos 2023, media melaporkan Pemuda PAS Kawasan Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom pada 26 dan 27 Ogos 2023.

Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman berasa kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam kerana terdapat unsur-unsur adat keagamaan Buddha. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *