Terkini
Penurunan ketara sumbangan Palestin, GSPP seru rakyat Malaysia terus menyumbang
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menyeru rakyat Malaysia untuk kembali menyumbang kepada rakyat Palestin susulan penurunan jumlah sumbangan yang dilihat begitu ketara pada tahun ini.
- Pengerusi GSPP, Muhammad Fauzi Asmuni berkata suasana di sana amat kritikal dari hari ke hari di mana lebih dua juta penduduk Gaza memerlukan sekurang-kurangnya 500 kontena makanan setiap hari, namun berkemungkinan hanya puluhan sahaja kontena yang masuk dalam sehari.
- Serangan berlanjutan memburukkan keadaan, termasuk fasiliti perubatan yang rosak menjadikan keadaan lebih mendukacitakan ditambah dengan suhu tidak menentu ketika ini susulan berlaku pertukaran musim sejuk ke musim panas.
- “Saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk kembali menyumbang bagi memenuhi keperluan penduduk Gaza khasnya dan warga Palestin di merata tempat umumnya.
- “Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada siapa sahaja melalui cara yang diyakini oleh masing-masing. Tetapi menyumbanglah dan jangan berhenti,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.
KUALA LUMPUR — Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menyeru rakyat Malaysia untuk kembali menyumbang kepada rakyat Palestin susulan penurunan jumlah sumbangan yang dilihat begitu ketara pada tahun ini.
Pengerusi GSPP, Muhammad Fauzi Asmuni berkata suasana di sana amat kritikal dari hari ke hari di mana lebih dua juta penduduk Gaza memerlukan sekurang-kurangnya 500 kontena makanan setiap hari, namun berkemungkinan hanya puluhan sahaja kontena yang masuk dalam sehari.
Malah, serangan berlanjutan memburukkan keadaan, termasuk fasiliti perubatan yang rosak menjadikan keadaan lebih mendukacitakan ditambah dengan suhu tidak menentu ketika ini susulan berlaku pertukaran musim sejuk ke musim panas.
“Saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk kembali menyumbang bagi memenuhi keperluan penduduk Gaza khasnya dan warga Palestin di merata tempat umumnya.
“Di dalam harta kita ada hak mereka sepertimana Allah sebutkan di dalam al-Quran: “Di dalam harta mereka terdapat hak bagi orang yang meminta dan orang yang tiada sumber pendapatan.” (Az-Zariyat: 19)
“Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada siapa sahaja melalui cara yang diyakini oleh masing-masing. Tetapi menyumbanglah dan jangan berhenti,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.
Muhammad Fauzi berkata pengurangan sumbangan dari Malaysia ke Palestin pada tahun ini amat ketara, tidak seperti sebelum ini di mana sumbangan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Malaysia ke Palestin agak besar dan banyak.
Katanya, terdapat beberapa peristiwa berlaku memberi kesan banyak kepada sumbangan masyarakat terhadap rakyat Palestin.
“Antaranya kes Aman Palestin dan cadangan penggubalan undang-undang kawalan lebih ketat terhadap kutipan awam oleh mana-mana badan berdaftar bawah ROS.
“Selain itu beberapa usaha pihak berwajib yang seolah-olah cuba me’monopoli’ saluran sumbangan ke Palestin juga memberi kesan terhadap isu ini,” katanya. — The Merdeka Times