Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Israel lulus RM24 bilion bina penempatan haram di sempadan Gaza

Kabinet Israel pada Rabu sebulat suara meluluskan pelan strategik lima tahun untuk membina semula, membangun dan mengukuhkan komuniti berhampiran sempadan Gaza selepas serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Kabinet Israel pada Rabu sebulat suara meluluskan pelan strategik lima tahun untuk membina semula, membangun dan mengukuhkan komuniti berhampiran sempadan Gaza selepas serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.
  • Pejabat Perdana Menteri Israel dalam satu kenyataan berkata program membabitkan dana 19 bilion shekel (RM24 bilion) itu akan dilaburkan dalam sektor perumahan, infrastruktur, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan kawasan lain.
  • “Hamas mahu mencabut kami — kami akan mencabut mereka sambil memperdalamkan akar kami. 
  • “Kami akan membina Tanah Israel dan melindungi negara kami,” kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dalam kenyataan itu dipetik Reuters.
  • Pejabat Perdana Menteri Israel berkata masyarakat tempatan akan bekerjasama dengan kementerian kerajaan, sektor perniagaan dan kedermawanan untuk membawa wilayah itu menjadi “kawasan penting, berkembang dan menarik”.

Kabinet Israel pada Rabu sebulat suara meluluskan pelan strategik lima tahun untuk membina semula, membangun dan mengukuhkan komuniti berhampiran sempadan Gaza selepas serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Pejabat Perdana Menteri Israel dalam satu kenyataan berkata program membabitkan dana 19 bilion shekel (RM24 bilion) itu akan dilaburkan dalam sektor perumahan, infrastruktur, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan kawasan lain.

“Hamas mahu mencabut kami — kami akan mencabut mereka sambil memperdalamkan akar kami. 

“Kami akan membina Tanah Israel dan melindungi negara kami,” kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dalam kenyataan itu dipetik Reuters.

Pejabat Perdana Menteri Israel berkata masyarakat tempatan akan bekerjasama dengan kementerian kerajaan, sektor perniagaan dan kedermawanan untuk membawa wilayah itu menjadi “kawasan penting, berkembang dan menarik”.

Memetik laporan Jewish News Syndicate, dana yang diluluskan itu tambahan kepada 1.15 bilion shekel (RM1.45 bilion) dalam bantuan kecemasan kepada komuniti sempadan diperuntukkan penggubal undang-undang Israel pada November sebagai sebahagian belanjawan negara tahun lalu.

Pelan pemulihan 2024-28 dirangka Pengarah Pihak Berkuasa Tekuma, Moshe Edri menerusi rundingan dengan pemimpin masyarakat, pihak berkuasa tempatan, kementerian kerajaan dan profesional lain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *