Video
(VIDEO) PDRM tidak boleh keluarkan notis merah Interpol terhadap lelaki hina Islam dan Sultan Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengeluarkan notis merah Interpol terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja yang didakwa memainkan isu agama dan perkauman baru-baru ini.
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengeluarkan notis merah Interpol terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja yang didakwa memainkan isu agama dan perkauman baru-baru ini.
- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ini kerana isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3 Interpol.
- “Justeru, PDRM mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020,” katanya dipetik Malaysiakini di sini hari ini.
- Beliau memaklumkan terdapat 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki terbabit sejak 2017.
- “Berkaitan video tular baru-baru ini, PDRM percaya ia dimuat naik dari luar negara.
- “Kami akan perkemaskan kertas siasatan sebelum hantar ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya.
- Terdahulu, media melaporkan tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas PDRM.
KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengeluarkan notis merah Interpol terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja yang didakwa memainkan isu agama dan perkauman baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ini kerana isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3 Interpol.
“Justeru, PDRM mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020,” katanya dipetik Malaysiakini di sini hari ini.
Beliau memaklumkan terdapat 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki terbabit sejak 2017.
“Berkaitan video tular baru-baru ini, PDRM percaya ia dimuat naik dari luar negara.
“Kami akan perkemaskan kertas siasatan sebelum hantar ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas PDRM.
“…Saya tak kisah jika awak adalah sultan… saya tak kisah dengan semua kuasa awak…saya tak kisah apa syaitan yang awak sembah lima kali sehari. Hey Sultan Selangor, pertama, cakap dengan xxxxxx ustaz dan mufti untuk tutup mulut mereka. Jangan masuk campur, mengganggu hal agama lain.
“Kami hanya hormat siapa yang menghormati kami… Fikir sebelum awak keluarkan kenyataan. Raja-Raja Melayu, Ahli politik belacan! Jakim dan mufti-mufti gila kuasa…,” kata lelaki itu sambil berterusan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan sebagai berkata siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar dari Malaysia pada 2 November 2017. — The Merdeka Times
View this post on Instagram