Terkini
Timbalan saya silap, GEG gagal bukan kerana pelobi – Dr Dzulkefly
Peruntukan generasi penamat (GEG) dalam penggunaan tembakau dan vape tidak berjaya kerana terdapat isu perlembagaan, bukan kerana pengaruh pelobi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
- Peruntukan generasi penamat (GEG) dalam penggunaan tembakau dan vape tidak berjaya kerana terdapat isu perlembagaan, bukan kerana pengaruh pelobi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
- Dr Dzulkefly berkata demikian selepas timbalannya, Datuk Lukanisman Awang Sauni dilaporkan mendedahkan pelobi daripada wakil industri tembakau dan vape bertemu secara langsung dengan Ahli Parlimen sebelum perbahasan rang undang-undang itu, mempengaruhi pandangan mereka terhadap langkah GEG yang bertujuan mewujudkan generasi masa depan bebas rokok.
- “Itu saya kira adalah salah, salah pada fakta dan salah (anggapan) pada ucapan timbalan menteri kerana saya semak perkara itu,” katanya dipetik MalaysiaKini di Dewan Rakyat di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Peruntukan generasi penamat (GEG) dalam penggunaan tembakau dan vape tidak berjaya kerana terdapat isu perlembagaan, bukan kerana pengaruh pelobi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly berkata demikian selepas timbalannya, Datuk Lukanisman Awang Sauni dilaporkan mendedahkan pelobi daripada wakil industri tembakau dan vape bertemu secara langsung dengan Ahli Parlimen sebelum perbahasan rang undang-undang itu, mempengaruhi pandangan mereka terhadap langkah GEG yang bertujuan mewujudkan generasi masa depan bebas rokok.
Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, bagaimanapun menafikan kenyataan timbalannya yang dianggap sebagai salah.
“Itu saya kira adalah salah, salah pada fakta dan salah (anggapan) pada ucapan timbalan menteri kerana saya semak perkara itu,” katanya dipetik MalaysiaKini di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan kenyataan Lukanisman yang dikeluarkan di Parlimen pada 14 Mac lalu.
Ketika mendedahkan pengaruh pelobi itu, Lukanisman meminta sokongan semua untuk berdepan dengan “tekanan” pihak industri. — The Merdeka Times