Terkini
Sorok dan jual arak tanpa lesen, KK Mart Jementah diarah tutup serta-merta
KK Mart di Jementah, Johor diarah tutup serta-merta dan 196 botol minuman keras disita pada Rabu susulan penemuan minuman keras tanpa lesen sah Majlis Perbandaran Segamat (MPS) disorokkan dalam premis berkenaan.

- KK Mart di Jementah, Johor diarah tutup serta-merta dan 196 botol minuman keras disita pada Rabu susulan penemuan minuman keras tanpa lesen sah Majlis Perbandaran Segamat (MPS) disorokkan dalam premis berkenaan.
- “Pemeriksaan lanjut terhadap premis mendapati terdapat minuman keras yang telah disorokkan di dalam premis tanpa lesen yang sah daripada MPS.
- “Pihak MPS telah menyita sebanyak 196 botol minuman keras selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.
- “Premis tersebut telah diberi arahan untuk menutup operasi serta-merta oleh Tuan Yang Dipertua selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017 kerana semasa operasi dijalankan, pihak MPS mendapati tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras dan minuman biasa,” kata MPS menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
- Pemeriksaan itu dilakukan MPS bagi mendokong penuh titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk terus mempertahankan kemuliaan Islam di negeri Johor.
KUALA LUMPUR — KK Mart di Jementah, Johor diarah tutup serta-merta dan 196 botol minuman keras disita pada Rabu susulan penemuan minuman keras tanpa lesen sah Majlis Perbandaran Segamat (MPS) disorokkan dalam premis berkenaan.
MPS berkata sitaan minuman keras itu dilakukan selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 50(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.
“Pemeriksaan lanjut terhadap premis mendapati terdapat minuman keras yang telah disorokkan di dalam premis tanpa lesen yang sah daripada MPS.
“Pihak MPS telah menyita sebanyak 196 botol minuman keras selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.
“Premis tersebut telah diberi arahan untuk menutup operasi serta-merta oleh Tuan Yang Dipertua selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017 kerana semasa operasi dijalankan, pihak MPS mendapati tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras dan minuman biasa,” kata MPS menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Foto: Gambar dimuat naik MPS dI FB menunjukkan penguatkuasa jalankan pemeriksaan di KK Mart di Johor.
MPS memaklumkan pemeriksaan di premis KK Supermart & Superstore Sdn Bhd itu dilakukan pihaknya dengan diwakili Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan bersama-sama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Ia dilakukan bagi mendokong penuh titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk terus mempertahankan kemuliaan Islam di negeri Johor.
TMJ sebelum ini menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu kalimah Allah dan memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram rasmi baginda di platform media sosial rasminya pada Selasa.
“Hasil dari pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi dengan lesen perniagaan yang sah tempoh dan mendapati tiada penjualan atau penyimpanan stoking yang menulis kalimah ALLAH.
“MPS memandang berat perkara ini bahkan bertanggungjawab bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di Negeri Johor,” kata MPS.
MPS berkata pihaknya akan terus komited menjalankan operasi dan pemantauan secara berkala bagi mengelakkan perkara seperti demikian daripada tidak lagi berlaku.
Ia turut memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana pihak mahupun individu supaya tidak mempersenda atau mempermainkan kalimah ALLAH atau apa juga yang boleh mencemarkan kemuliaan agama Islam.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mendapati perkara seperti ini berlaku lagi,” kata MPS. — The Merdeka Times
