Connect with us

Terkini

Makin ramai doktor kontrak berhenti, “berhati-hati” dengan sistem kesihatan negara

Kerajaan diingatkan berhati-hati dengan situasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang susulan peningkatan jumlah doktor kontrak berhenti dari perkhidmatan awam.

Hidayah Sani

Published

on

Makin ramai doktor kontrak berhenti, “berhati-hati” dengan sistem kesihatan negara
Foto: Pengasas dan pengarah Klinik Iris, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman.
  • Kerajaan diingatkan berhati-hati dengan situasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang susulan peningkatan jumlah doktor kontrak berhenti dari perkhidmatan awam.
  • “Sebenarnya dalam Malaysia, realiti jumlah doktor kontrak yang berhenti dari kerajaan semakin bertambah hari ke hari.
  • “Berhati-hati dengan sistem kesihatan kita 10 tahun akan datang. Mungkin fasiliti kesihatan kerajaan akan tidak mampu lagi menampung beban jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan. Akhirnya hospital dan klinik swasta menjadi lebih dominan,” kata Pengasas dan pengarah Klinik Iris, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman menerusi hantaran di Facebook pada Isnin lalu.
  • Bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada tahun lalu dilaporkan sebagai berkata seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan iaitu secara purata adalah 1.91 peratus setahun dalam tempoh 2017 hingga 2022.
  • Mengulas situasi di Korea Selatan, Dr Arisman berkata tanpa doktor pelatih, maka doktor tetap akan terkontang-kanting dan merasa sangat penat hinggakan ia boleh menyebabkan pegawai perubatan itu berhenti kerana tidak tahan beban kerja tanpa “doktor pembantu.”

KUALA LUMPUR — Kerajaan diingatkan berhati-hati dengan situasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang susulan peningkatan jumlah doktor kontrak berhenti dari perkhidmatan awam.

Pengasas dan pengarah Klinik Iris, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata pada masa akan datang berkemungkinan fasiliti kesihatan kerajaan tidak mampu lagi menampung beban jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan.

Beliau berkata situasi itu akan menyaksikan hospital dan klinik swasta menjadi lebih dominan daripada hospital atau klinik kerajaan.

“Sebenarnya dalam Malaysia, realiti jumlah doktor kontrak yang berhenti dari kerajaan semakin bertambah hari ke hari.

“Berhati-hati dengan sistem kesihatan kita 10 tahun akan datang. Mungkin fasiliti kesihatan kerajaan akan tidak mampu lagi menampung beban jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan. 

“Akhirnya hospital dan klinik swasta menjadi lebih dominan. Waktu itu barulah masyarakat akan melihat kerjaya doktor itu adalah sangat penting.

“Kerajaan Malaysia perlu akui semua pegawai kesihatan adalah satu aset yang penting dalam kestabilan sebuah negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata demikian susulan doktor pelatih di Korea Selatan baru-baru ini dilaporkan tetap dengan pendirian berhenti daripada perkhidmatan di mana hanya sedikit menunjukkan tanda akan kembali bekerja, ketika badan pakar perubatan global menyokong bantahan terhadap rancangan negara itu yang mahu meningkatkan pengambilan ke sekolah perubatan.

Media melaporkan hampir 9,000 doktor pelatih tidak bekerja, sekali gus mengingkari arahan kerajaan yang setakat ini hanya 565 kembali bertugas.

Ini menjadikan 100 hospital utama di negara itu kehilangan sekitar 71 peratus daripada pengamal perubatannya.

Bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada tahun lalu dilaporkan sebagai berkata seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan iaitu secara purata adalah 1.91 peratus setahun dalam tempoh 2017 hingga 2022.

Dr Zaliha berkata antara puncanya adalah pegawai perubatan kontrak berkenaan memilih berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun yang berkemungkinan menawarkan gaji lebih menarik, membuka klinik sendiri dan melanjutkan pelajaran.

Beliau berkata ada juga berhijrah ke luar negara atas sebab peribadi atau masalah kesihatan, termasuk tekanan mental.

Mengulas situasi di Korea Selatan, Dr Arisman berkata tanpa doktor pelatih, maka doktor tetap akan terkontang-kanting dan merasa sangat penat hinggakan ia boleh menyebabkan pegawai perubatan itu berhenti kerana tidak tahan beban kerja tanpa “doktor pembantu.”  — The Merdeka Times

Author

Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending