Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi Israel kecam negara sendiri gagal patuhi keputusan ICJ mengenai bantuan Gaza

12 kumpulan utama hak asasi manusia Israel bergabung mengecam kerajaan negaranya sendiri berikutan gagal mematuhi keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memandatkan kepada mereka untuk memastikan agihan bantuan kemanusiaan tiba di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi Israel kecam negara sendiri gagal patuhi keputusan ICJ mengenai bantuan Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 12 kumpulan utama hak asasi manusia Israel bergabung mengecam kerajaan negaranya sendiri berikutan gagal mematuhi keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memandatkan kepada mereka untuk memastikan agihan bantuan kemanusiaan tiba di Gaza.
  •  “Sebagai ahli masyarakat sivil yang berpangkalan di Israel yang komited terhadap hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, kami mengecam hakikat bahawa Israel setakat ini gagal mengubah tingkah lakunya berdasarkan langkah-langkah yang dikenakan oleh ICJ, serta fakta jelas menunjukkan bahawa bantuan kemanusiaan ke Gaza menurun sebanyak 50 peratus pada bulan keputusan ICJ itu dikeluarkan.”

LONDON – 12 kumpulan utama hak asasi manusia Israel bergabung mengecam kerajaan negaranya sendiri berikutan gagal mematuhi keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memandatkan kepada mereka untuk memastikan agihan bantuan kemanusiaan tiba di Gaza.

Laporan Guardian menyatakan, 12 kumpulan hak asasi manusia Israel itu menulis surat terbuka yang mengingatkan zionis bahawa Israel terikat secara sah untuk melaksanakan langkah yang diperintahkan namun gagal melaksanakan ia.

Surat terbuka tersebut turut menyatakan perintah ICJ adalah undang-undang yang wajib dipatuhi bagi menamatkan bencana kemanusiaan di Gaza.

“Sebagai ahli masyarakat sivil yang berpangkalan di Israel yang komited terhadap hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, kami mengecam hakikat bahawa Israel setakat ini gagal mengubah tingkah lakunya berdasarkan langkah-langkah yang dikenakan oleh ICJ, serta fakta jelas menunjukkan bahawa bantuan kemanusiaan ke Gaza menurun sebanyak 50 peratus pada bulan keputusan ICJ itu dikeluarkan.”

Surat terbuka itu ditandatangani  12 kumpulan hak asasi termasuk Breaking the Silence, sekumpulan veteran tentera Israel yang menentang pendudukan haram , dan Persatuan Hak Sivil di Israel.— The Merdeka Times

Author