Antarabangsa
ICJ arah Israel tangani kebuluran di Gaza
Hakim-hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan perlu dan berkesan, memastikan bekalan makanan asas tanpa penangguhan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza.

- Hakim-hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan perlu dan berkesan, memastikan bekalan makanan asas tanpa penangguhan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza.
- Hakim ICJ dalam satu perintah pada Khamis berkata rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang semakin memburuk dan kebuluran semakin merebak.
- “Mahkamah memerhatikan bahawa rakyat Palestin di Gaza bukan hanya berisiko menghadapi kebuluran … tetapi kebuluran itu telah pun berlangsung,” kata hakim.
- “Sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk 27 kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata mereka dipetik Al Jazeera.
Hakim-hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan perlu dan berkesan, memastikan bekalan makanan asas tanpa penangguhan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza.
Hakim ICJ dalam satu perintah pada Khamis berkata rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang semakin memburuk dan kebuluran semakin merebak.
“Mahkamah memerhatikan bahawa rakyat Palestin di Gaza bukan hanya berisiko menghadapi kebuluran … tetapi kebuluran itu telah pun berlangsung,” kata hakim.
“Sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk 27 kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata mereka dipetik Al Jazeera.
Dalam perintahnya yang mengikat di sisi undang-undang, mahkamah memberitahu Israel untuk mengambil “semua langkah yang perlu dan berkesan untuk memastikan, tanpa penangguhan, dengan kerjasama penuh dengan PBB, peruntukan tanpa halangan secara berskala oleh semua yang berkenaan dengan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan” termasuk makanan, air, bahan api dan bekalan perubatan.
ICJ bagaimanapun tidak mempunyai mekanisme untuk menguatkuasakan keputusannya itu.
Langkah baharu itu diminta Afrika Selatan sebagai sebahagian daripada kes berterusannya yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. – The Merdeka Times
