Connect with us

Antarabangsa

Georgia draf undang-undang baharu banteras LGBT

Parti pemerintah Georgia pada Isnin memperkenalkan rang undang-undang bagi menyekat hak golongan LGBT negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti pemerintah Georgia pada Isnin memperkenalkan rang undang-undang bagi menyekat hak golongan LGBT negara itu.
  • Langkah itu menurut pihak pembangkang dilihat sebagai cubaan meningkatkan populariti menjelang pilihan raya negara konservatif Caucasus Selatan itu yang juga merupakan calon keahlian Kesatuan Eropah (EU).
  • Draf undang-undang itu akan mengharamkan perubahan jantina, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis dan melarang “pertemuan bertujuan mempopularkan keluarga sesama jantina atau hubungan intim”, demikian menurut ringkasan diterbitkan parti Georgian Dream.

Parti pemerintah Georgia pada Isnin memperkenalkan rang undang-undang bagi menyekat hak golongan LGBT negara itu.

Langkah itu menurut pihak pembangkang dilihat sebagai cubaan meningkatkan populariti menjelang pilihan raya negara konservatif Caucasus Selatan itu yang juga merupakan calon keahlian Kesatuan Eropah (EU).

Draf undang-undang itu akan mengharamkan perubahan jantina, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis dan melarang “pertemuan bertujuan mempopularkan keluarga sesama jantina atau hubungan intim”, demikian menurut ringkasan diterbitkan parti Georgian Dream dipetik Daily Mail.

Ketua kaukus parlimen dan penggerak di sebalik rang undang-undang itu, Mamuka Mdinaradze berkata ia diperlukan untuk melindungi “nilai kekeluargaan dan generasi masa depan kita” daripada apa disebutnya sebagai “nilai pseudo-liberal” (nilai liberal palsu).

Georgian Dream mendahului parti lain dalam pilihan raya tetapi mula kehilangan sokongan sejak 2020 apabila ia memenangi majoriti kecil parlimen. 

Mdinaradze dalam taklimat beliau memaklumkan rang undang-undang itu berkemungkinan diluluskan hanya selepas pilihan raya. – The Merdeka Times

Author