Antarabangsa
Satu daripada enam individu transgender alami masalah mental jangka panjang – Kajian
Satu daripada enam individu transgender mempunyai masalah kesihatan mental jangka panjang, demikian menurut dapatan kajian terbaru.
- Satu daripada enam individu transgender mempunyai masalah kesihatan mental jangka panjang, demikian menurut dapatan kajian terbaru.
- Dalam kajian pertama seumpamanya, mereka dikenal pasti sebagai transgender dikatakan lebih berkemungkinan mengalami masalah kesihatan seperti kemurungan dan kebimbangan berbanding individu lain, lapor Daily Mail pada 31 Januari lalu.
- Penyelidik di Universiti Manchester menganalisis data tinjauan GP daripada 1.5 juta pesakit, termasuk 8,000 yang mengenal pasti diri mereka sebagai transgender.
- Mereka mendapati 1 daripada 6 lelaki dan wanita transgender melaporkan masalah kesihatan mental berbanding satu daripada sepuluh lelaki dan wanita lain.
Satu daripada enam individu transgender mempunyai masalah kesihatan mental jangka panjang, demikian menurut dapatan kajian terbaru.
Dalam kajian pertama seumpamanya, mereka dikenal pasti sebagai transgender dikatakan lebih berkemungkinan mengalami masalah kesihatan seperti kemurungan dan kebimbangan berbanding individu lain, lapor Daily Mail pada 31 Januari lalu.
Penyelidik di Universiti Manchester menganalisis data tinjauan GP daripada 1.5 juta pesakit, termasuk 8,000 yang mengenal pasti diri mereka sebagai transgender.
Mereka mendapati 1 daripada 6 lelaki dan wanita transgender melaporkan masalah kesihatan mental berbanding satu daripada sepuluh lelaki dan wanita lain.
Kira-kira 16.4 peratus individu yang mengenal pasti sebagai lelaki transgender dan 15.9 peratus mengenal pasti sebagai wanita transgender melaporkan mengalami masalah kesihatan mental, walaupun tiada butiran lanjut diminta berkenaan perkara itu.
Peratusan itu dibandingkan dengan 8.8 dan 12 peratus dialami cisgender (iaitu mereka yang mengenal pasti sebagai jantina sama mereka dilahirkan) masing-masing lelaki dan wanita, dengan masalah kesihatan sama, menurut penemuan yang diterbitkan di Lancet Public Health. – The Merdeka Times