Connect with us

Antarabangsa

Pemilu 2024: Penipuan pilihan raya didakwa berlaku di Indonesia

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil mendakwa penipuan pilihan raya berlaku di hampir semua wilayah di Indonesia sebelum, semasa dan selepas proses undian, demikian lapor ABC.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Beberapa pertubuhan masyarakat sivil mendakwa penipuan pilihan raya berlaku di hampir semua wilayah di Indonesia sebelum, semasa dan selepas proses undian, demikian lapor ABC.
  • Pihak berkuasa tempatan dilaporkan mempengaruhi pengundi untuk memilih pasangan calon tertentu sebelum mengundi.
  • Okky Madasari, seorang novelis dan ahli sosiologi yang mengendalikan organisasi berasaskan penyelidikan, Institut OM, berkongsi beberapa pendekatan yang berlaku.
  • “Ini dilakukan secara tidak langsung melalui pendekatan lembut dan secara langsung melalui ancaman lisan,” katanya.

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil mendakwa penipuan pilihan raya berlaku di hampir semua wilayah di Indonesia sebelum, semasa dan selepas proses undian, demikian lapor ABC.

Pihak berkuasa tempatan dilaporkan mempengaruhi pengundi untuk memilih pasangan calon tertentu sebelum mengundi.

Okky Madasari, seorang novelis dan ahli sosiologi yang mengendalikan organisasi berasaskan penyelidikan, Institut OM, berkongsi beberapa pendekatan yang berlaku.

“Ini dilakukan secara tidak langsung melalui pendekatan lembut dan secara langsung melalui ancaman lisan,” katanya.

Menurutnya, pemimpin tempatan didapati cuba mempengaruhi orang ramai dengan memberikan beg berisi barangan runcit atau wang tunai.

Madasari berkata rasuah turut dibayar ketua sekolah pondok agama kepada pelajar-pelajarnya.

Ini berlaku dengan amaun dikatakan mencecah ratusan ribu rupiah hingga Rp1 juta (kira-kira RM300) seorang atas permintaan mereka mengundi calon tertentu.

Kelayakan mengundi rakyat Indonesia adalah apabila mereka mencapai umur 17 tahun.

“Kami mendapati campur tangan pihak berkuasa tempatan menjadi faktor utama dalam mempengaruhi keputusan pengundi,” katanya.

Ini selaras dengan penemuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Komnas HAM) bahawa ramai pegawai negeri tidak bersikap berkecuali semasa pilihan raya ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jenti Ana Hutagalung (@hutagalung217)

Luky Djani dari Jaga Pemilu (Penjaga Pilihan Raya) yang dikendalikan sukarelawan pemantau pilihan raya berkata dia menerima kira-kira 300 laporan dakwaan pelanggaran.

Antaranya, dakwaan kertas undian telah disiapkan sebelum hari pilihan raya dan keputusan yang salah telah diambil dari pusat mengundi, melonjakkan undian calon tertentu — kebanyakannya untuk Subianto dan Raka.

Penyelidik di Pusat Kajian Perlembagaan di Universiti Andalas, Feri Amsari berkata terdapat tanda-tanda penipuan walaupun sebelum berlakunya pilihan raya.

Kerajaan Jokowi mempertingkatkan program bantuan sosial beras dan menaikkan gaji pegawai dan kakitangan awam, termasuk anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Umum dan Badan Pengawasan Pilihan Raya, beberapa hari sebelum hari mengundi.

“Ini tidak sihat untuk demokrasi kerana dasar seperti itu boleh memberi manfaat kepada anak penyandangnya – yang bertanding dalam pertandingan presiden,” kata Amsari.

Kerajaan menafikan bahawa mana-mana calon mendapat manfaat daripada program bantuan sosial, manakala Jokowi meminta semua pihak untuk tidak hanya mengadu mengenai dakwaan itu.

“Jangan hanya jerit tentang penipuan. Kalau ada bukti, bawa ke Badan Pengawasan Pilihan Raya, bawa ke Mahkamah Perlembagaan,” kata Jokowi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *