Connect with us

Terkini

Kekang kemasukan pelarian yang bawa penyakit berjangkit Filariasis ‘kaki gajah’

Kerajaan perlu membuat perancangan berkesan untuk mengekang kemasukan warga asing khususnya pelarian Rohingya yang berisiko meningkatkan jumlah penyakit berjangkit seperti Filariasis atau untut (kaki gajah).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan perlu buat perancangan berkesan mengekang kemasukan warga asing terutamanya pelarian Rohingya yang berisiko meningkatkan jumlah penyakit berjangkit seperti Filariasis atau untut (kaki gajah).
  • Ketua Unit Kesihatan Awam di Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK), Dr Ihsanuddin Abbas berkata jika tiada perancangan pihak berwajib perlu menyediakan peruntukan menyaring dan merawat individu berisiko membawa penyakit itu. 
  • Katanya, kebanyakan warga asing memasuki negara ini tidak lagi tinggal dan bekerja di kawasan ladang atau tapak pembinaan, sebaliknya di kawasan komuniti tempatan sekali gus memberi risiko jangkitan kepada penduduk.
  • Media sebelum ini melaporkan jumlah penghidap penyakit Filariasis menunjukkan peningkatan di seluruh negara sejak empat tahun lalu, khususnya dalam kalangan pekerja asing.

KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu membuat perancangan berkesan untuk mengekang kemasukan warga asing khususnya pelarian Rohingya yang berisiko meningkatkan jumlah penyakit berjangkit seperti Filariasis atau untut (kaki gajah).

Ketua Unit Kesihatan Awam di Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK), Dr Ihsanuddin Abbas berkata jika tiada perancangan pihak berwajib perlu menyediakan peruntukan menyaring dan merawat individu berisiko membawa penyakit itu. 

Katanya, kebanyakan warga asing memasuki negara ini tidak lagi tinggal dan bekerja di kawasan ladang atau tapak pembinaan, sebaliknya di kawasan komuniti tempatan sekali gus memberi risiko jangkitan kepada penduduk.

“Bagi memastikan Malaysia boleh mencapai sasaran eliminasi filariasis, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu sentiasa menjalankan saringan ke atas penduduk berisiko dan pekerja asing yang datang dari negara endemik.

“Perancangan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) untuk memasukkan saringan ini sebagai syarat kemasukan pekerja asing sangatlah dialu-alukan, tetapi diharapkan saringan itu dapat dilaksanakan di negara asal mereka sebelum dibawa masuk ke sini.

“Ini kerana ia memerlukan kos lebih tinggi untuk menjalankan saringan dan rawatan di dalam negara jika penyakit itu dikesan.

“Selain filariasis, penyakit bawaan vektor seperti malaria juga masih dikesan dalam kalangan pekerja asing. Justeru ia juga perlu disaring sebelum dibawa masuk.

“Malaysia juga menerima kemasukan pelarian Rohingya yang juga berisiko membawa penyakit seperti filariasis dan malaria. Justeru kerajaan perlu membuat perancangan yang lebih berkesan mengekang kemasukan mereka,” katanya dipetik Berita Harian pada Selasa.

Foto : Infografik dari Bernama

Media sebelum ini melaporkan jumlah penghidap penyakit Filariasis menunjukkan peningkatan di seluruh negara sejak empat tahun lalu, khususnya dalam kalangan pekerja asing.

Filariasis adalah penyakit bawaan cacing filaria yang disebarkan pelbagai jenis nyamuk di mana bagi cacing dewasa itu, ia hidup antara enam hingga lapan tahun dalam sistem saluran limfatik, menyebabkan kerosakan terutamanya pada bahagian kaki dan tangan, mengakibatkan untut (kaki gajah) dan hydrocele (pembengkakan skrotum).

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada pekerja yang dikesan mempunyai penyakit itu termasuk menghantar mereka pulang ke negara asal. 

“Sasaran dapat dicapai jika KKM tingkatkan program saringan di lokasi tertentu terutamanya dalam kalangan pendatang atau pekerja asing. 

“Bagi yang dikenalpasti ada penyakit mesti dapatkan rawatan lengkap terutama mereka berada di kawasan pendalaman.

“Tindakan tegas juga perlu diambil untuk menghantar pekerja asing ini pulang sekiranya dikesan mempunyai penyakit ini,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending