Antarabangsa
Jordan beri amaran risiko peluasan konflik jika perang di Gaza dilanjutkan hingga Ramadan
Jordan memberi amaran pada Ahad bahawa memanjangkan peperangan Israel di wilayah Gaza semasa bulan Ramadan berisiko meluaskan konflik di rantau itu.
- Jordan memberi amaran pada Ahad bahawa memanjangkan peperangan Israel di wilayah Gaza semasa bulan Ramadan berisiko meluaskan konflik di rantau itu.
- Ramadan, bulan paling suci dalam kalendar Islam itu, dianggarkan bermula sekitar tarikh 11-12 bulan Mac ini.
- “Meneruskan pencerobohan dalam keadaan seperti ini dalam pada Ramadan semakin menghampiri akan meletakkan seluruh wilayah ini pada risiko letupan,” kata Menteri Luar Ayman Safadi dalam sidang media bersama di Amman dengan rakan sejawatannya dari Bulgaria, Mariya Gabriel, dipetik agensi berita Anadolu.
- “Setiap hari berlalu dengan berterusannya peperangan yang meningkatkan berlakunya risiko letupan dan meningkatkan jumlah korban,” kata Ayman.
- Menteri Luar Bulgaria, bagi pihaknya, pula menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan kemanusiaan di wilayah Gaza.
Jordan memberi amaran pada Ahad bahawa memanjangkan peperangan Israel di wilayah Gaza semasa bulan Ramadan berisiko meluaskan konflik di rantau itu.
Ramadan, bulan paling suci dalam kalendar Islam itu, dianggarkan bermula sekitar tarikh 11-12 bulan Mac ini.
“Meneruskan pencerobohan dalam keadaan seperti ini dalam pada Ramadan semakin menghampiri akan meletakkan seluruh wilayah ini pada risiko letupan,” kata Menteri Luar Ayman Safadi dalam sidang media bersama di Amman dengan rakan sejawatannya dari Bulgaria, Mariya Gabriel, dipetik agensi berita Anadolu.
“Setiap hari berlalu dengan berterusannya peperangan yang meningkatkan berlakunya risiko letupan dan meningkatkan jumlah korban,” kata Ayman.
Menteri Luar Bulgaria, bagi pihaknya, pula menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan kemanusiaan di wilayah Gaza.
“Jordan membuktikan dirinya sebagai pendamai di rantau ini dan kami menyokong usahanya,” kata Mariya.
Perang Israel ke atas Gaza mendorong 85 peratus penduduk wilayah konflik itu terusir dalam wilayahnya di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang kritikal dengan 60 peratus daripada infrastruktur genting itu telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Israel kini berdepan pertuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan keputusan sementara Januari lalu mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid di wilayah itu dan mengambil langkah-langkah yang menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada penduduk awam di Gaza. – The Merdeka Times