Connect with us

Antarabangsa

Hizbullah ikrar terus serang Israel hingga serangan Gaza dihentikan

Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah berikrar semalam untuk meneruskan serangan rentas sempadan terhadap Israel sehingga Tel Aviv menghentikan serangannya di wilayah Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah.
  • Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah berikrar semalam untuk meneruskan serangan rentas sempadan terhadap Israel sehingga Tel Aviv menghentikan serangannya di wilayah Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
  • “Seandainya Israel berjaya di Gaza, ia akan membahayakan rakyat Palestin, perjuangan mereka dan seluruh wilayahnya,” kata Nasrallah.
  • Ketegangan memuncak ketika ini sepanjang sempadan Lubnan-Israel di tengah-tengah selang pertukaran tembakan antara tentera Israel dan Hizbullah.
  • Pertempuran ketika ini antara yang paling membawa maut sejak kedua-dua pihak menjalankan peperangan skala penuh pada 2006 yang lalu.

Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah berikrar semalam untuk meneruskan serangan rentas sempadan terhadap Israel sehingga Tel Aviv menghentikan serangannya di wilayah Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

“Seandainya Israel berjaya di Gaza, ia akan membahayakan rakyat Palestin, perjuangan mereka dan seluruh wilayahnya,” kata Nasrallah.

“Israel yang punya kekuatan akan menimbulkan ancaman kepada rantau ini, manakala Israel yang lemah kurang berbahaya kepada negara dan penduduk rantau ini,” kata Pemimpin Hizbullah itu dipetik Middle East Monitor.

Ketegangan antara tentera Israel dan Hizbullah kian memuncak ketika ini apabila kedua-duanya berbalas tembakan di sepanjang sempadan dua  wilayah tersebut.

Pertempuran ketika ini dilapor merekodkan angka korban lebih tinggi berbanding peperangan antara dua pihak tersebut pada 2006.– The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending