Connect with us

Terkini

Fahmi tegaskan kod etika wartawan tidak halang kebebasan media

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sekali lagi menegaskan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan pada Selasa, tidak akan mengekang kebebasan media di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sekali lagi menegaskan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan pada Selasa, tidak akan mengekang kebebasan media di negara ini.
  • “Jika anda bandingkan dokumen itu dengan dokumen 1989, ia adalah sama. Mukadimahnya sama, masih ada lapan perkara utama. Ia tidak ada kaitan dengan mengekang kebebasan media. Beberapa komen yang dibuat tidak adil kepada JaPen dan MPI.
  • “Pada pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif MPI (Datuk Mustapa Omar) berkata, dokumen ini adalah dokumen yang berasal dari 1989,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas melancarkan Maxis 5G Advanced Trial Showcase di Suria KLCC, di sini hari ini.
  • Semalam, Lawyers For Liberty (LFL) dilaporkan mendakwa Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu itu adalah percubaan untuk mengawal media.

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sekali lagi menegaskan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan pada Selasa, tidak akan mengekang kebebasan media di negara ini.

Menegaskan pihaknya kadangkala melihat komen dibuat berkaitan kod etika itu sebagai tidak adil kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Institut Akhbar Malaysia (MPI) kerana ia sudah ada sejak 1989, beliau berkata dokumen baharu dan sebelumnya adalah sama.

“Jika anda bandingkan dokumen itu dengan dokumen 1989, ia adalah sama. Mukadimahnya sama, masih ada lapan perkara utama. Ia tidak ada kaitan dengan mengekang kebebasan media. Beberapa komen yang dibuat tidak adil kepada JaPen dan MPI.

“Pada pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif MPI (Datuk Mustapa Omar) berkata, dokumen ini adalah dokumen yang berasal dari 1989,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas melancarkan Maxis 5G Advanced Trial Showcase di Suria KLCC, di sini hari ini.

Semalam, Lawyers For Liberty (LFL) dilaporkan mendakwa Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu itu adalah percubaan untuk mengawal media.

Pengarahnya, Zaid Malek juga mendakwa kuasa JaPen untuk membatalkan akreditasi kad media sebagai ancaman terhadap akhbar.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana media boleh bebas dan berkecuali apabila kerajaan yang memutuskan apa itu pelaporan berita beretika.

Kod Etika Wartawan Malaysia mengandungi lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, telus, berintegriti dan adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber. 

Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi berkaitan ruang lingkup tugas mereka dan memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *