Connect with us

Antarabangsa

Ribuan penduduk Gaza di pusat perlindungan sementara diancam penyakit

Ancaman penyakit semakin meruncing di tempat perlindungan sementara di Gaza, di mana puluhan ribu penduduk melarikan diri dari pengeboman penjajah Israel terpaksa hidup dalam keadaan bersesak-sesak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ribuan penduduk Gaza di pusat perlindungan sementara diancam penyakit
Foto: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.
  • Ancaman penyakit semakin meruncing di tempat perlindungan sementara di Gaza, di mana puluhan ribu penduduk melarikan diri dari pengeboman penjajah Israel terpaksa hidup bersesak-sesak.
  • Perkhidmatan kesihatan di kawasan itu telah lama di luar kapasiti dan gelombang pemindahan baru diarahkan tentera rejim Israel menyukarkan lagi keadaan, kata organisasi bantuan kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.
  • Kira-kira 180,000 individu mengalami jangkitan pernafasan dan lebih 136,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami cirit-birit, yang menyebabkan kehilangan air dan mineral penting yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Ancaman penyakit semakin meruncing di tempat perlindungan sementara di Gaza, di mana puluhan ribu penduduk melarikan diri dari pengeboman penjajah Israel terpaksa hidup dalam keadaan bersesak-sesak.

Perkhidmatan kesihatan di kawasan itu telah lama di luar kapasiti dan gelombang pemindahan baru diarahkan tentera rejim Israel menyukarkan lagi keadaan, kata organisasi bantuan kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di platform media sosial X pada Jumaat berkata, jangkitan pernafasan dan cirit-birit antara penyakit paling teruk di pusat perlindungan kecemasan sementara itu.

Kira-kira 180,000 individu mengalami jangkitan pernafasan dan lebih 136,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami cirit-birit, yang menyebabkan kehilangan air dan mineral penting yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA), UNICEF menyampaikan 600,000 dos vaksin ke Gaza pada Jumaat dengan matlamat untuk kanak-kanak kecil menerima imunisasi rutin mereka walaupun peperangan sedang berlaku.

Tentera  Israel mengumumkan penangguhan strategik selama empat jam pertempuran di kem pelarian Rafah di selatan Gaza pada Sabtu.

Pengumuman itu dilakukan jurucakap tentera rejim Israel dalam bahasa Arab di platform X bahawa aktiviti ketenteraan digantung buat sementara waktu atas sebab kemanusiaan. 

Pihak berkuasa kesihatan di Gaza berkata pengeboman rejim zionis Israel di Gaza telah membunuh lebih 21,600 rakyat Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *