Connect with us

Terkini

Mahkamah Rayuan putuskan pengislaman tiga anak Loh Siew Hong tidak sah, terbatal

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Rayuan putuskan pengislaman tiga anak Loh Siew Hong tidak sah, terbatal
Foto: Ibu Tunggal, Loh Siew Hong (kiri) & Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail (kanan).
  • Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal.
  • Mahkamah itu memutuskan demikian berhubung rayuan ibu tunggal, Loh Siew Hong terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2023 yang mengekalkan status Islam tiga anak mereka yang ditukar agama oleh bekas suaminya M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa persetujuannya.
  • Justeru itu, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu. 
  • Semasa prosiding, keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dan bersidang bersama-sama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli selepas mendapati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira dua isu utama.
  • “Kegagalan untuk menjawab dua isu ini adalah satu salah arah yang jelas menjurus kepada kesilapan dalam undang-undang berhubung isu tukar agama secara unilateral,” kata Hakim Hadhariah dipetik Kosmo hari ini.
  • Pada 11 Mei 2023, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas mendapati ketiga-tiga anak Siew Hong masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat subuh.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal.

Mahkamah itu memutuskan demikian berhubung rayuan ibu tunggal, Loh Siew Hong terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2023 yang mengekalkan status Islam tiga anak mereka yang ditukar agama oleh bekas suaminya M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa persetujuannya.

Justeru itu, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu. 

Semasa prosiding, keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dan bersidang bersama-sama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli selepas mendapati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira dua isu utama.

“Kegagalan untuk menjawab dua isu ini adalah satu salah arah yang jelas menjurus kepada kesilapan dalam undang-undang berhubung isu tukar agama secara unilateral,” kata Hakim Hadhariah dipetik Kosmo hari ini.

Pada 11 Mei 2023, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas mendapati ketiga-tiga anak Siew Hong masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat subuh.

Hakim Wan Ahmad Farid dilaporkan berkata tiada bukti yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu telah ditukar semula agama mereka kepada Hindu ketika berada dalam jagaan ibunya. 

“Oleh itu, demi kebajikan kanak-kanak itu, status quo (agama Islam) itu seharusnya dikekalkan,” kata Hakim Wan Ahmad Farid. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *