Connect with us

Antarabangsa

Kalah naratif perang Gaza di ruang maya, rejim zionis mula guna AI – Akhbar Israel

Rejim pengganas zionis Israel baru-baru ini dilaporkan memperolehi sistem media kecerdasan buatan (AI) untuk membentuk pendapat umum global, lapor Haaretz.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kalah naratif perang Gaza di ruang maya, rejim zionis mula guna AI – Akhbar Israel
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Rejim pengganas zionis Israel baru-baru ini dilaporkan memperolehi sistem media kecerdasan buatan (AI) untuk membentuk pendapat umum global, lapor Haaretz.
  • Tindakan itu dilakukan selepas berlaku apa yang disifatkan akhbar Israel itu sebagai kegagalan ketara rejim zionis dalam mempertahankan naratif perang di Gaza.
  • Akhbar itu menyatakan pembelian sistem tersebut didorong keperluan “menghadapi anti-Semitisme dan menentang maklumat salah disebarkan Hamas,” lapor Khaberni.
  • Jordan News melaporkan agensi pertahanan dan perisikan Israel dilaporkan mengakui, sejurus selepas 7 Oktober lalu, bahawa mereka kalah dalam pertempuran di ruang maya (dalam talian), kepada apa yang dirujuk sebagai “jentera perang psikologi dan maklumat Hamas yang serba lengkap”.

Rejim pengganas zionis Israel baru-baru ini dilaporkan memperolehi sistem media kecerdasan buatan (AI) untuk membentuk pendapat umum global, lapor Haaretz.

Tindakan itu dilakukan selepas berlaku apa yang disifatkan akhbar Israel itu sebagai kegagalan ketara rejim zionis Israel dalam mempertahankan naratif peperang di Gaza.

Akhbar itu menyatakan pembelian sistem tersebut didorong keperluan “menghadapi anti-Semitisme dan menentang maklumat salah disebarkan Hamas,” lapor Khaberni.

Menurut Haaretz, kempen pertama yang dibuat melalui sistem itu telah pun diaktifkan secara dalam talian.

Jordan News melaporkan agensi pertahanan dan perisikan Israel dilaporkan mengakui, sejurus selepas 7 Oktober lalu, bahawa mereka kalah dalam pertempuran di ruang maya (dalam talian), kepada apa yang dirujuk sebagai “jentera perang psikologi dan maklumat Hamas yang serba lengkap”.

Kesan daripada keadaan itu, rejim zionis Israel dipercayai secara sulit memperolehi alat digital bagi mengatasi situasi tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *