Connect with us

Antarabangsa

Individu gay harus direjam – Presiden Burundi

Presiden Burundi, Evariste Ndayishimiye menyeru rakyatnya untuk merejam individu gay, memperketatkan lagi tindakan terhadap kelompok LGBT yang sudah berdepan pengasingan sosial dan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan dengan kesalahan hubungan sejenis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Individu gay harus direjam – Presiden Burundi
Foto: Presiden Burundi, Evariste Ndayishimiye.
  • Presiden Burundi, Evariste Ndayishimiye menyeru rakyatnya untuk merejam individu gay, memperketatkan lagi tindakan terhadap kelompok LGBT yang sudah berdepan pengasingan sosial dan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan dengan kesalahan hubungan sejenis.
  • “Jika anda mahu menarik ‘kutukan’ kepada negara, terimalah homoseksualiti,” kata Ndayishimiye ketika sesi soal jawab dengan wartawan dan orang ramai yang diadakan di timur Burundi pada Jumaat lalu.
  • “Saya juga berpendapat, jika kita menemui mereka di Burundi, adalah lebih baik untuk membawa mereka ke stadium dan merejam mereka. Perbuatan itu tidak boleh menjadi dosa,” katanya dipetik agensi berita Reuters, menyifatkan homoseksualiti merupakan budaya diimport dari Barat.
  • Uganda meluluskan undang-undang itu  pada Mei lalu yang membawa kepada hukuman mati bagi kategori kesalahan hubungan sejenis dan hukuman penjara yang panjang untuk individu lain – langkah dikecam secara meluas oleh kerajaan Barat dan aktivis hak asasi manusia.
  • Penggubal undang-undang di Kenya, Sudan Selatan dan Tanzania juga dilapor mendesak undang-undang anti-gay yang tegas di negara mereka.

Presiden Burundi, Evariste Ndayishimiye menyeru rakyatnya untuk merejam individu gay, memperketatkan lagi tindakan terhadap kelompok LGBT yang sudah berdepan pengasingan sosial dan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan dengan kesalahan hubungan sejenis.

“Jika anda mahu menarik ‘kutukan’ kepada negara, terimalah homoseksualiti,” kata Ndayishimiye ketika sesi soal jawab dengan wartawan dan orang ramai yang diadakan di timur Burundi pada Jumaat lalu.

“Saya juga berpendapat, jika kita menemui mereka di Burundi, adalah lebih baik untuk membawa mereka ke stadium dan merejam mereka. Perbuatan itu tidak boleh menjadi dosa,” katanya dipetik agensi berita Reuters, menyifatkan homoseksualiti merupakan budaya diimport dari Barat.

Uganda meluluskan undang-undang itu  pada Mei lalu yang membawa kepada hukuman mati bagi kategori kesalahan hubungan sejenis dan hukuman penjara yang panjang untuk individu lain – langkah dikecam secara meluas oleh kerajaan Barat dan aktivis hak asasi manusia.

Amerika Syarikat (AS) mengenakan pelbagai sekatan, termasuk sekatan perjalanan dan mengeluarkan Uganda daripada perjanjian perdagangan bebas tarif. 

Bank Dunia pula menggantung semua pinjaman masa depan kepada negara Afrika timur sebagai tanda protes.

Penggubal undang-undang di Kenya, Sudan Selatan dan Tanzania juga dilapor mendesak undang-undang anti-gay yang tegas di negara mereka.

Ahli politik di negara terbabit melihat usaha mereka sebagai menyokong nilai dan kedaulatan Afrika terhadap apa mereka anggap sebagai tekanan Barat terhadap isu kelompok songsang itu. – Agensi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *