Antarabangsa
ICJ tidak boleh halang Israel terus serang Gaza – Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk tidak membiarkan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) Israel yang dibicarakan di Mahkamah keadilan Antarabangsa (ICJ) menghalang negara haram itu dari meneruskan perang terhadap Hamas di Gaza.

- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk tidak membiarkan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) Israel yang dibicarakan di Mahkamah keadilan Antarabangsa (ICJ) menghalang negara haram itu dari meneruskan perang terhadap Hamas di Gaza.
- “Tiada siapa akan menghalang kami – bukan The Hague (merujuk ICJ), bukan Axis of Evil, tidak ada sesiapa pun. Ia mungkin dan perlu diteruskan sehingga kemenangan dicapai dan kami akan melakukannya,” kata Netanyahu dalam sidang media pada Sabtu lalu dipetik RT.
- Netanyahu menggunakan istilah Axis of Evil untuk merujuk kepada Iran, Houthi Yaman, Hizbullah dan Hamas – iaitu gabungan yang turut digelar sebagai “Paksi Penentangan” kerana penentangannya terhadap kuasa Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel di rantau itu.
- Perbicaraan dakwaan genosid terhadap Israel bermula akhir minggu lalu di ICJ di Hague, Belanda.
- Afrika Selatan mengemukakan kes itu ke ICJ mendakwa Israel terlibat dalam tindakan “berniat untuk membawa kemusnahan sebahagian besar rakyat, kaum dan etnik Palestin”.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk tidak membiarkan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) Israel yang dibicarakan di Mahkamah keadilan Antarabangsa (ICJ) menghalang negara haram itu dari meneruskan perang terhadap Hamas di Gaza.
“Tiada siapa akan menghalang kami – bukan The Hague (merujuk ICJ), bukan Axis of Evil, tidak ada sesiapa pun. Ia mungkin dan perlu diteruskan sehingga kemenangan dicapai dan kami akan melakukannya,” kata Netanyahu dalam sidang media pada Sabtu lalu dipetik RT.
Istilah “Axis of Evil” pertama kali digunakan dalam ucapan presiden Amerika Syarikat (AS) George W Bush untuk merujuk kepada Iraq, Iran dan Korea Utara.
Ketika itu, negara terbabit dikenali sebagai musuh utama Washington yang kononnya dilengkapi dengan senjata pemusnah besar-besaran yang terbukti hanyalah mitos (kisah dongeng atau rekaan).
Netanyahu menggunakan istilah itu untuk merujuk kepada Iran, Houthi Yaman, Hizbullah dan Hamas – iaitu gabungan yang turut digelar sebagai “Paksi Penentangan” kerana penentangannya terhadap kuasa Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel di rantau itu.
Perbicaraan dakwaan genosid terhadap Israel bermula akhir minggu lalu di ICJ di Hague, Belanda.
Afrika Selatan mengemukakan kes itu ke ICJ mendakwa Israel terlibat dalam tindakan “berniat untuk membawa kemusnahan sebahagian besar rakyat, kaum dan etnik Palestin”.
Rejim zionis Israel bagaimanapun membalas dengan mengatakan kumpulan Hamas yang sebenarnya menyimpan niat melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Israel.
Israel berhujah ia satu tindakan yang wajar untuk cuba “menghapuskan” Hamas yang didakwa bertanggungjawab terhadap 1,200 kematian warga Israel pada 7 Oktober lalu – tanpa mengira kemudaratannya terhadap penduduk awam.
Tentera penjajah Israel juga mengakui mereka diarahkan untuk menembak warga Israel di sempadan Kibbutz, termasuk di festival muzik pada hari serangan Hamas itu.
Insiden itu menimbulkan persoalan tentang berapa ramai sebenarnya ‘dibunuh’ pejuang Hamas berbanding serangan dilancarkan kereta kebal dan serangan udara rejim zionis sendiri. – The Merdeka Times
