Connect with us

Terkini

Enggan Selangor jadi ‘Darul Kuil’, Menteri Besar digesa tangani lambakan kuil haram

Menteri Besar (MB) Selangor digesa menangani isu lambakan kuil di negeri bawah pemerintahannya mengikut garis panduan dan undang-undang, bukan mengikut ‘selera’ ahli politik sekiranya ingin negeri itu aman harmoni.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Enggan Selangor jadi ‘Darul Kuil’, Menteri Besar digesa tangani lambakan kuil haram
Foto: Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin bin Shari (kiri) & Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (kanan).
  • Menteri Besar Selangor digesa menangani isu lambakan kuil di negeri bawah pemerintahannya mengikut garis panduan dan undang-undang, bukan mengikut ‘selera’ ahli politik sekiranya ingin negeri itu aman harmoni.
  • Gesaan itu dibuat Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah kerana mendakwa kebanyakan kuil di Selangor dibina atas tanah awam ataupun dipanggil sebagai kuil haram, bukannya dibina atas tanah persendirian yang pada awal binaan itu kecil, namun kini menjadi terlalu besar.
  • “Rumah ibadat apapun mesti dibina ikut keperluan, bukan ikut kesukaan. Jika tidak dipantau, negeri Selangor akan menjadi darul kuil, bukan darul Ehsan lagi.
  • “Kuil dibina mesti dibina ikut bilangan penduduk, bukan dibina di kawasan penganut tidak ramai. Kuil mesti dibina di persendirian, bukan tanah awam atau tanah Kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
  • Ridhuan Tee turut berkongsikan pernyataan bantahan penduduk Taman Cuepacs di Kajang, Selangor terhadap pembinaan kuil di kawasan mereka di mana 80 peratus penduduknya Muslim, selebihnya bukan Islam.

KUALA LUMPUR —- Menteri Besar (MB) Selangor digesa menangani isu lambakan kuil di negeri bawah pemerintahannya mengikut garis panduan dan undang-undang, bukan mengikut ‘selera’ ahli politik sekiranya ingin negeri itu aman harmoni.

Gesaan itu dibuat Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah kerana mendakwa kebanyakan kuil di Selangor dibina atas tanah awam ataupun dipanggil sebagai kuil haram, bukannya dibina atas tanah persendirian yang pada awal binaan itu kecil, namun kini menjadi terlalu besar.

Beliau berkata, apa lebih menyedihkan apabila terdapat kuil dibina di kawasan populasi penganut agama terbabit hanya sedikit dan ia dibina saling berdekatan.

“Rumah ibadat apapun mesti dibina ikut keperluan, bukan ikut kesukaan. Jika tidak dipantau, negeri Selangor akan menjadi darul kuil, bukan darul Ehsan lagi.

“Kuil dibina mesti dibina ikut bilangan penduduk, bukan dibina di kawasan penganut tidak ramai. Kuil mesti dibina di persendirian, bukan tanah awam atau tanah Kerajaan. 

“Kuil haram yang menimbulkan masalah mesti dirobohkan. Kuil dibina perlu ada jarak, bukan saling berdekatan dengan skala besar, sedangkan penyembah tidak ramai.

“Kuil di Selangor sudah berlambak, berapa banyak lagi nak bina, buatlah kajian dan bancian. Bilangan kuil sudah melebihi bilangan masjid surau, mustahil pihak berkuasa tidak tahu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Ridhuan Tee yang juga Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata, sekiranya MB Selangor tidak mempercayai dakwaan beliau maka akan ditunjukkan satu persatu kuil haram yang dahulu kecil sahaja namun sejak di bawah pemerintahan pemimpin itu ia menjadi terlalu besar.

Katanya, campur tangan ahli politik dalam isu itu menyebabkan kelompok berkenaan berupaya bertindak sesuka hati sehinggakan pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saranan saya, satu kerja yang paling mudah, untuk kamu lakukan sebagai sebuah Kerajaan, kerahkan seluruh PBT (pihak berkuasa tempatan)  negeri Selangor, buat kajian dan kiraan, berapa buah kuil di seluruh negeri Selangor, berapa yang haram didirikan di tanah awam, berapa pula yang halal didirikan di kawasan persendirian. 

“Pasti kamu akan terkejut beruk, betapa banyaknya kuil yang haram yang didirikan atas tanah awam. Buat juga kajian, asal usulnya kecil sehaja, bermula dengan sebatang tiang, bagaimana ia boleh menjadi sebegitu besar,” katanya.

Pada masa sama, Ridhuan Tee turut berkongsikan pernyataan bantahan penduduk Taman Cuepacs di Kajang, Selangor terhadap pembinaan kuil di kawasan mereka di mana 80 peratus penduduknya Muslim, selebihnya bukan Islam.

Antara pernyataan dikongsikan, adalah berhubung ahli Jawatankuasa Bertindak Taman Koperasi Cuepacs dan Jalan Desa Batu terdiri dari penduduk setempat, membantah pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman yang ingin dimajukan Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman di kawasan penempatan mereka.

“Kepada Yang Berbahagia Yang DiPertua Kajang, pada hemat kami projek ini akan mengundang pelbagai kesan negatif samada semasa dan selepas pembangunan tersebut dilaksanakan. 

“Oleh itu, kami menyeru agar pembangunan ini dihentikan serta merta dan seterusnya membuat kajian yang lebih mendalam dan terancang bagi menjaga keharmonian, keselamatan dan sensitiviti penduduk setempat,” kata Ridhuan Tee memetik pernyataan bantahan dikemukakan penduduk Taman Cuepacs baru-baru ini. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Author