Terkini
Diskriminasi wanita Muslim: Senator Bali larang pekerja berhijab ditugaskan di front line
Seorang senator Indonesia tular di media sosial kelmarin apabila beliau melarang pekerja berhijab diletakkan di barisan hadapan (front line) di lapangan terbang.
- Seorang senator Indonesia tular di media sosial kelmarin apabila beliau melarang pekerja berhijab diletakkan di barisan hadapan (front line) di lapangan terbang.
- Dalam video tular di Instagram itu, Senator Bali, Arya Wedakarna juga dilihat memarahi Ketua Pengurus Wilayah Bea dan Cukai Bali Nusa Tenggara, Ketua Bea dan Cukai Lapangan Tebang I Gusti Ngurah Rai dan pihak pengurusan lapangan terbang terbabit.
- Katanya, pekerja wanita Bali yang tidak memakai hijab harus diletakkan di barisan hadapan di lapangan terbang dan menguruskan pelancong, bukannya pekerja wanita berhijab.
- “Saya engggak mau yang front line, front line itu, saya mau yang gadis Bali kayak kamu, rambutnya kelihatan terbuka.
- “Jangan kasih yang penutup, penutup enggak jelas, this is not Middle East. Enak saja Bali, pakai bunga kek, pake apa kek,” kata Arya dipetik Berita Satu pada Selasa.
- Kenyataan Arya disifatkan sebagai diskriminasi kerana menyentuh penampilan dan pemakaian wanita Muslim selain turut dikecam netizen.
Seorang senator Indonesia tular di media sosial kelmarin apabila beliau melarang pekerja berhijab diletakkan di barisan hadapan (front line) di lapangan terbang.
Dalam video tular di Instagram itu, Senator Bali, Arya Wedakarna juga dilihat memarahi Ketua Pengurus Wilayah Bea dan Cukai Bali Nusa Tenggara, Ketua Bea dan Cukai Lapangan Tebang I Gusti Ngurah Rai dan pihak pengurusan lapangan terbang terbabit.
Katanya, pekerja wanita Bali yang tidak memakai hijab harus diletakkan di barisan hadapan di lapangan terbang dan menguruskan pelancong, bukannya pekerja wanita berhijab.
“Saya engggak mau yang front line, front line itu, saya mau yang gadis Bali kayak kamu, rambutnya kelihatan terbuka.
“Jangan kasih yang penutup, penutup enggak jelas, this is not Middle East. Enak saja Bali, pakai bunga kek, pake apa kek,” kata Arya dipetik Berita Satu pada Selasa.
Kenyataan senator itu disifatkan sebagai diskriminasi kerana menyentuh penampilan dan pemakaian wanita Muslim.
Majoriti netizen juga mengecam tindakan senator itu.
“Kalau kesalahan di bandara ya sudah tegur petugasnya, tidak usah bawa-bawa hijab, yang tahu akunnya (akaun) tag dong mau silaturahmi,” demikian komen netizen, vsecond_choice di Instagram.
Ada netizen menyifatkan kata-kata Senator Bali itu sebagai bentuk penistaan agama (blasphemy).
“Penistaan agama ini, laporkan,” kata netizen, pipinasikin_9.
Arya kemudiannya dilaporkan memuat naik video di Instagramnya memberi penjelasan berhubung insiden itu.
Katanya, beliau telah bertemu dengan pihak berkepentingan dari Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bandung, Bali.
Beliau mengakui memarahi Ketua Kastam Bali Nusa Tenggara Ngurah Rai dan Pengurus Besar Lapangan Terbang Bali kerana tindakan dua pegawai kastam yang dianggapnya tidak ramah dan sinis. – The Merdeka Times