Antarabangsa
Dakwa Jesus sebagai orang Asia, majalah Kristian dikritik
Seorang misionaris (mubaligh) Evangelis mengkritik majalah Kristian, Christianity Today kerana mendakwa Jesus Christ berketurunan Asia.
- Seorang misionaris (mubaligh) Evangelis mengkritik majalah Kristian, Christianity Today kerana mendakwa Jesus Christ berketurunan Asia.
- Franklin Graham berkata kitab Bible pada hakikatnya telah menjelaskan fakta tentang identiti bangsa Jesus bahawa dia seorang Yahudi.
- “Kita tidak perlu berspekulasi tentang perkara ini – Bible telah memperincikan tentang keturunan duniawi Jesus dan di mana dia dilahirkan dan dibesarkan.
- “Kita tahu Jesus seorang Yahudi. Bagaimanapun, jika awak tidak menerima Bible atau menerimanya sebagai kata-kata Tuhan, maka ia menjadi persoalan.
- “Tahu tak – kita tidak boleh menggambarkan Tuhan berdasarkan rupa kita. Dia adalah siapa dia! Kita mesti berwaspada terhadap apa-apa atau sesiapa saja yang cuba melemahkan autoriti firman Tuhan,” katanya menerusi ciapan di platform X pada 27 Disember lalu.
Seorang misionaris (mubaligh) Evangelis mengkritik majalah Kristian, Christianity Today kerana mendakwa Jesus Christ berketurunan Asia.
Franklin Graham berkata kitab Bible pada hakikatnya telah menjelaskan fakta tentang identiti bangsa Jesus bahawa dia seorang Yahudi.
“Kita tidak perlu berspekulasi tentang perkara ini – Bible telah memperincikan tentang keturunan duniawi Jesus dan di mana dia dilahirkan dan dibesarkan.
“Kita tahu Jesus seorang Yahudi. Bagaimanapun, jika awak tidak menerima Bible atau menerimanya sebagai kata-kata Tuhan, maka ia menjadi persoalan.
“Tahu tak – kita tidak boleh menggambarkan Tuhan berdasarkan rupa kita. Dia adalah siapa dia! Kita mesti berwaspada terhadap apa-apa atau sesiapa saja yang cuba melemahkan autoriti firman Tuhan,” katanya menerusi ciapan di platform X pada 27 Disember lalu.
Dalam berita berasingan, Christianity Today dilaporkan menerbitkan artikel bertajuk ‘How Asian Artists Picture Jesus’ Birth From 1240 to Today’, yang mana penulisnya, Victoria Emily Jones berhujah bahawa baginda dilahirkan di Asia dan berketurunan rumpun itu.
Dia juga mendakwa pelukis Hindu dan Buddha memberi sumbangan yang signifikan kepada lakaran Jesus pada abad ke-20.
Lakaran imej dalam Christianity Today turut memaparkan ‘Nativiti’ (kelahiran Jesus) dalam latar belakang kehidupan kaum Igorot iaitu masyarakat pribumi di utara Luzon, Filipina. – The Merdeka Times