Connect with us

Antarabangsa

Bersubahat lakukan jenayah perang, peguam Afrika Selatan akan heret AS, UK ke ICJ

Susulan pemfailan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kekejaman genosid dilakukan Israel di Gaza, hampir 50 peguam Afrika Selatan sedang berusaha mengheret Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) atas alasan bersubahat dengan rejim zionis dalam jenayah itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bersubahat lakukan jenayah perang, peguam Afrika Selatan akan heret AS, UK ke ICJ
Foto: Peguam Afrika Selatan, Wikus Van Rensburg.
  • Susulan pemfailan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kekejaman genosid dilakukan Israel di Gaza, hampir 50 peguam Afrika Selatan sedang berusaha mengheret Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) atas alasan bersubahat dengan rejim zionis dalam jenayah itu.
  • Inisiatif diketuai peguam Afrika Selatan, Wikus Van Rensburg  itu bertujuan mendakwa pihak terlibat dengan kezaliman jenayah berkenaan di mahkamah awam dengan kerjasama peguam dari AS dan UK.
  • Memetik laporan agensi berita Anadolu pada Isnin, Rensburg telah menulis surat kepada beberapa negara dan ICJ pada minggu lalu menuntut supaya negara haram Israel dan penyokongnya didakwa.
  • “Amerika Syarikat harus dipertanggungjawabkan atas jenayah yang dilakukannya,” kata Rensburg kepada Anadolu dalam satu temu ramah yang memperincikan Washington dan London akan dibicarakan sebagai bersubahat dalam jenayah perang Tel Aviv terhadap penduduk Gaza.

Susulan pemfailan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kekejaman genosid dilakukan Israel di Gaza, hampir 50 peguam Afrika Selatan sedang berusaha mengheret Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) atas alasan bersubahat dengan rejim zionis dalam jenayah itu.

Inisiatif diketuai peguam Afrika Selatan, Wikus Van Rensburg  itu bertujuan mendakwa pihak terlibat dengan kezaliman jenayah berkenaan di mahkamah awam dengan kerjasama peguam dari AS dan UK.

Memetik laporan agensi berita Anadolu pada Isnin, Rensburg telah menulis surat kepada beberapa negara dan ICJ pada minggu lalu menuntut supaya negara haram Israel dan penyokongnya didakwa.

“Amerika Syarikat harus dipertanggungjawabkan atas jenayah yang dilakukannya,” kata Rensburg kepada Anadolu dalam satu temu ramah yang memperincikan Washington dan London akan dibicarakan sebagai bersubahat dalam jenayah perang Tel Aviv terhadap penduduk Gaza.

Rensburg memaklumkan dia mendapat banyak sokongan berhubung usaha itu.

“Ramai peguam membuat membuat keputusan untuk menyertai kami dalam tuntutan undang-undang ini. Kebanyakan yang menyertai adalah Muslim, tetapi saya tidak (bukan Muslim).

“Mereka merasa bertanggungjawab untuk membantu dalam usaha ini,” kata peguam Afrika Selatan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *