Terkini
Tiada keperluan hubungan diplomatik dengan zionis Israel – Ahli Parlimen DAP
Tidak ada keperluan untuk Malaysia mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

- Tidak ada keperluan untuk Malaysia mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.
- Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan/DAP itu berkata, sebarang usaha normalisasi antara Malaysia dengan rejim zionis penjajah itu adalah ditentang.
- “Dasar kerajaan tentang Israel adalah jelas sejelas-jelasnya, walaupun Perdana Menteri silih berganti. Kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.
- “Saya tidak lihat keperluan untuk pertimbangkan semula pendirian Malaysia yang konsisten ini,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini hari ini.
- Semalam, tular satu video mengenai individu dipercayai warga Malaysia menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di negara ini.
- Individu dikenali dengan nama Victor Yong Jen Ong itu juga mencadangkan Malaysia meniru jejak langkah beberapa negara Arab supaya budaya Yahudi boleh diperkenalkan di negara ini.
KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan untuk Malaysia mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.
Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan/DAP itu berkata, sebarang usaha normalisasi antara Malaysia dengan rejim zionis penjajah itu adalah ditentang.
“Dasar kerajaan tentang Israel adalah jelas sejelas-jelasnya, walaupun Perdana Menteri silih berganti. Kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.
“Malahan, usaha untuk ‘normalisasi’ hubungan dengan Israel adalah ditentang dan tidak akan dipersetujui oleh mana-mana kerajaan.
“Saya tidak lihat keperluan untuk pertimbangkan semula pendirian Malaysia yang konsisten ini,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, tular satu video mengenai individu dipercayai warga Malaysia menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di negara ini.
Individu dikenali dengan nama Victor Yong Jen Ong itu juga mencadangkan Malaysia meniru jejak langkah beberapa negara Arab supaya budaya Yahudi boleh diperkenalkan di negara ini.
Ekoran kenyataan itu, setakat ini, satu laporan polis dibuat di ibu negara bagi menuntut siasatan dijalankan ke atas individu terbabit.
Terdahulu, DAP menyatakan pendiriannya untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin atas prinsip kemanusiaan.
Parti politik itu dilaporkan mendokong pendirian Kerajaan Madani untuk bersuara lantang di pentas dunia bagi perjuangan membebaskan Palestin dan mengembalikan hak dan wilayah mereka yang sepatutnya. – The Merdeka Times
