Connect with us

Terkini

Tiada keperluan adakan pilihan raya PBT – Veteran UMNO

Veteran UMNO membidas cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di Kuala Lumpur sebagai permulaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang (kiri) & Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Noor Lokman Adam (kanan).
  • Veteran UMNO membidas cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di Kuala Lumpur sebagai permulaan.
  • Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tiada keperluan mengadakan pilihan raya PBT tersebut kerana struktur yang sedia ada dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah memadai.
  • “Kita sudah ada wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya bagi mewakili kesemua kawasan parlimen dalam Kuala Lumpur. Kita ada ahli majlis yang dilantik mewakili semua kaum untuk membantu Datuk Bandar. Jadi untuk apa perlukan pilihan raya lagi?
  • “Veteran UMNO faham hasrat DAP itu untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili oleh ahli-ahli yang mewakili kaum Cina, khususnya DAP,”  katanya  dipetik Utusan Malaysia semalam.
  • Kok Wai semasa berucap dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur, pada Ahad dilaporkan menggesa pilihan raya PBT di ibu negara dilaksanakan dalam usaha menegakkan demokrasi.
  • Turut membantah cadangan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Noor Lokman Adam berkata pihaknya tidak akan sesekali membenarkan pilihan raya terbabit diadakan.

KUALA LUMPUR — Veteran UMNO membidas cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di Kuala Lumpur sebagai permulaan.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tiada keperluan mengadakan pilihan raya PBT tersebut kerana struktur yang sedia ada dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah memadai.

“Kita sudah ada wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya bagi mewakili kesemua kawasan parlimen dalam Kuala Lumpur. Kita ada ahli majlis yang dilantik mewakili semua kaum untuk membantu Datuk Bandar. Jadi untuk apa perlukan pilihan raya lagi?

“Veteran UMNO faham hasrat DAP itu untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili oleh ahli-ahli yang mewakili kaum Cina, khususnya DAP,”  katanya  dipetik Utusan Malaysia semalam.

Menurut Mustapha, sekiranya pilihan raya tersebut diadakan, maka wakil-wakil masyarakat Cina akan menang dengan mudah di kawasan majoritinya.

“Sekiranya pilihan raya ini dibenarkan di Kuala Lumpur, maka nanti akan ada tuntutan untuk PBT di Pulau Pinang, Ipoh, Kelang, Melaka, Johor Bharu dan lain-lainnya,” katanya.

Kok Wai semasa berucap dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur, pada Ahad dilaporkan menggesa pilihan raya PBT di ibu negara dilaksanakan dalam usaha menegakkan demokrasi.

Pemimpin DAP berkata, pelaksanaan pilihan raya PBT akan membawa kepada ibu negara yang mampan, mengamalkan tadbir urus berkesan, bersih dan berpaksikan rakyat.

Mengulas lanjut, Mustapha yang juga Pengerusi Veteran UMNO Wilayah Persekutuan berkata, DAP masih terbawa-bawa idealisme lama dengan mengeluarkan desakan berbaur perkauman.

Beliau berkata, perkara itu sama sebagaimana disuarakan veteran DAP sendiri, Tan Sri Lim Kit Siang mengenai Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

“Veteran UMNO berharap kepemimpinan baharu DAP akan dapat membendung cara berfikir Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai ini.

“Jangan ada lagi sebarang usaha untuk membakar dan menyemarakkan rasa benci dan perkauman antara parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan. Jangan sampai desakan seperti itu boleh ditafsirkan sebagai mencabuli 3R (kaum, agama, raja) yang boleh membawa padah,” katanya.

Turut membantah cadangan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Noor Lokman Adam berkata pihaknya tidak akan sesekali membenarkan pilihan raya terbabit diadakan.

Kita nak beritahu Kit Siang, kita tidak sesekali akan mengizinkan pilihanraya PBT diadakan, kita akan lawan habis-habisan,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *