Connect with us

Antarabangsa

Tanam ideologi LGBTQ, siri animasi Netflix ‘Cocomelon Lane’ dikecam netizen

Siri animasi Netflix, Cocomelon Lane yang diterbitkan untuk penonton berumur dua tahun ke atas dikecam kerana ‘menanam’ ideologi songsang LGBTQ terhadap kanak-kanak bawah umur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tanam ideologi LGBTQ, siri animasi Netflix ‘Cocomelon Lane’ dikecam netizenTanam ideologi LGBTQ, siri animasi Netflix ‘Cocomelon Lane’ dikecam netizen
Foto: Tangkap layar pengguna X dan mendapat ribuan komen disertakan dengan tanda pagar #BoycottCocomelon.
  • Siri animasi Netflix, Cocomelon Lane yang diterbitkan untuk penonton berumur dua tahun ke atas dikecam kerana ‘menanam’ ideologi songsang LGBTQ terhadap kanak-kanak bawah umur.
  • Musim 1 Episod 8 bertajuk ‘Nina’s Three-Legged Race/Say Cheese Nico/Nina Shares a Treat’ pada November lalu menayangkan seorang budak lelaki bernama Nico yang tidak dapat memutuskan apa yang hendak dipakai untuk foto keluarga.
  • Dalam siri itu menunjukkan Nico mempunyai dua ayah gay dalam adegan menyanyi, “Sesuatu yang kami tahu tentang anda, anda suka bangun dan menari.”
  • Salah seorang bapa menyanyi kepada Nico, “Jika anda tidak pasti apa yang perlu dipilih, fikirkan semua perkara yang anda suka lakukan. Jadilah diri sendiri.” 
  • Klip animasi itu dikongsi pengguna X dan mendapat ribuan komen disertakan dengan tanda pagar #BoycottCocomelon.
  • “Mereka telah memulakan indroktinasi dengan kanak-kanak tiga tahun, orang-orang ini sangat sakit,” demikian komen seorang pengguna X.

Siri animasi Netflix, Cocomelon Lane yang diterbitkan untuk penonton berumur dua tahun ke atas dikecam kerana ‘menanam’ ideologi songsang LGBTQ terhadap kanak-kanak bawah umur.

Musim 1 Episod 8 bertajuk ‘Nina’s Three-Legged Race/Say Cheese Nico/Nina Shares a Treat’ pada November lalu menayangkan seorang budak lelaki bernama Nico yang tidak dapat memutuskan apa yang hendak dipakai untuk foto keluarga.

Dalam siri itu menunjukkan Nico mempunyai dua ayah gay dalam adegan menyanyi, “Sesuatu yang kami tahu tentang anda, anda suka bangun dan menari.”

Salah seorang bapa menyanyi kepada Nico, “Jika anda tidak pasti apa yang perlu dipilih, fikirkan semua perkara yang anda suka lakukan. Jadilah diri sendiri.” 

Nico kemudian bertanya, “Jadilah diri sendiri?” Dan si ayah menjawab, “Ya.”

Kemudian, Nico mengenakan pakaian tutu dan mahkota dan mula menari. 

S2J News melaporkan konservatif di Amerika Syarikat (AS) menentang komuniti songsang LGBTQ dan meluahkan kebimbangan tentang risiko yang dirasakan kanak-kanak ‘didandani’ dan dipengaruhi untuk mengenal pasti sebagai homoseksual atau transgender.

Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) memantau lebih 500 rang undang-undang anti-LGBTQ di AS yang bertepatan dengan seruan konservatif untuk menyekat apa yang mereka istilahkan sebagai trend “woke”.

Klip animasi itu dikongsi pengguna X dan mendapat ribuan komen disertakan dengan tanda pagar #BoycottCocomelon.

“Mereka telah memulakan indroktinasi dengan kanak-kanak tiga tahun, orang-orang ini sangat sakit,” demikian komen seorang pengguna X.

“Cocomelon” disifatkan sebagai terlepas pandang pegangan ibu bapa konservatif dan beragama mengenai pendedahan ideologi songsang kepada anak-anak mereka. – The Merdeka Times

Author