Terkini
RoS diarah sediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) diarahkan untuk menyediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan, termasuk penglibatan dalam aktiviti haram.
- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) diarahkan untuk menyediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan, termasuk penglibatan dalam aktiviti haram.
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia susulan arahan Kabinet supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan laporan awal mengenai ketidakpatuhan pertubuhan ekoran insiden pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.
- Saifuddin berkata, setakat ini, sebanyak 54,642 pertubuhan yang dibatalkan sejak 1966.
KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) diarahkan untuk menyediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan, termasuk penglibatan dalam aktiviti haram.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia susulan arahan Kabinet supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan laporan awal mengenai ketidakpatuhan pertubuhan ekoran insiden pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.
“Jadi kita akan sediakan dan bentang pada Jemaah Menteri pada suku pertama tahun depan seperti yang diarahkan,” katanya dipetik BERNAMA dalam sidang media selepas majlis penyerahan replika cek Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) 2023 di Putrajaya, semalam.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata RoS juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan secara rawak terhadap pertubuhan berdaftar bermula tahun depan.
Katanya, pemantauan berterusan perlu dibuat bagi memastikan setiap pertubuhan mematuhi Akta Pertubuhan 1966.
Saifuddin berkata, setakat ini, sebanyak 54,642 pertubuhan yang dibatalkan sejak 1966. — The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia