Terkini
Pilihan raya PBT wujudkan kelestarian hanya retorik – Isham Jalil
Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan di peringkat bandar raya Kuala Lumpur untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan disifatkan sebagai hanya retorik.
- Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan di peringkat bandar raya Kuala Lumpur untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan disifatkan sebagai hanya retorik.
- Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata ini kerana Kok Wai yakin beliau dan ahli partinya akan memenangi kerusi dipertandingkan sekiranya pilihan raya itu dilaksanakan.
- Isham berkata situasi itu boleh menyebabkan ketidakstabilan sosioekonomi kaum kerana parti DAP didominasi satu kaum di mana parti itu juga dominan di Kuala Lumpur.
- “Kalau berlaku ketidakseimbangan dan tragedi, dia akan memberi kesan negatif kepada satu negara.
- “Sebab macam dulu, tragedi 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur, tetapi satu negara dapat kesan daripada kejadian itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam.
- Beliau mengulas kenyataan Kok Wai yang menyatakan pelaksanaan pilihan raya PBT bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduk bagi memilih ahli majlis tempatan.
KUALA LUMPUR – Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan di peringkat bandar raya Kuala Lumpur untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan disifatkan sebagai hanya retorik.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata ini kerana Kok Wai yakin beliau dan ahli partinya akan memenangi kerusi dipertandingkan sekiranya pilihan raya itu dilaksanakan.
Isham berkata situasi itu boleh menyebabkan ketidakstabilan sosioekonomi kaum kerana parti DAP didominasi satu kaum di mana parti itu juga dominan di Kuala Lumpur.
“Kesan dia kawasan-kawasan bandar besar ni, akan dikuasai parti-parti tertentu. Parti-parti tertentu tu kaum-kaum tertentu yang dominan.
“Kalau berlaku ketidakseimbangan dan tragedi, dia akan memberi kesan negatif kepada satu negara.
“Sebab macam dulu, tragedi 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur, tetapi satu negara dapat kesan daripada kejadian itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Kok Wai yang menyatakan pelaksanaan pilihan raya PBT bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduk bagi memilih ahli majlis tempatan.
Pada Ahad lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.
Kok Wai dilaporkan berkata, cadangan dikemukakan itu bertujuan untuk memperkukuhkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.
Mengulas lanjut, Isham Jalil berkata di Wilayah Persekutuan ketika ini masih mempunyai keseimbangan kaum daripada Kerajaan Persekutuan walaupun ia di bawah Pakatan Harapan. — The Merdeka Times