Connect with us

Terkini

PAS gesa PM kawal, hentikan naratif beracun tuntut laksana pilihan raya PBT

PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengawal dan menghentikan naratif beracun seperti Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai mencadangkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan semula di bandar raya Kuala Lumpur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

PAS gesa PM kawal, hentikan naratif beracun tuntut laksana pilihan raya PBT
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai (tengah) & Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kanan).
  • PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengawal dan menghentikan naratif beracun seperti Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai mencadangkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan semula di bandar raya Kuala Lumpur. 
  • Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perlu diingatkan keputusan kerajaan terdahulu memansuhkan pilihan raya di seluruh negara sejak lebih 50 tahun lalu yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 antara lain bertujuan menghindari penguasaan Kerajaan Tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik bagi menutup kemungkinan berlakunya ketegangan dan ketidakharmonian kaum dalam masyarakat.
  • “Dengan penguasaan hampir mutlak kerusi-kerusi Parlimen di Kuala Lumpur oleh DAP, maka tidakkah Pilihan Raya PBT juga akan hanya menzahirkan citra politik etnik tunggal dari segi perwakilan yang akan dipilih kelak?” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. 
  • “PAS beranggapan kedua-dua kenyataan Tan dan Lim (Lim Kit Siang) jelas bermotifkan pengukuhan kedudukan dan penguasaan DAP ke atas hala tuju dan perjalanan negara dengan mengabaikan sisi-sisi teras yang selama ini mengikat semua pihak pada agenda dan budaya politik yang lebih waras, sederhana dan munasabah.”
  • Beliau mengulas kenyataan dua pemimpin DAP yang mencetuskan perbincangan semua pihak apabila Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan Perlembagaan Malaysia tidak menyekat bukan Melayu dari menjadi Perdana Menteri dan Kok Wai yang meminta kerajaan untuk mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandaraya Kuala Lumpur. 

KUALA LUMPUR – PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengawal dan menghentikan naratif beracun seperti Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai mencadangkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan semula di bandar raya Kuala Lumpur. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perlu diingatkan keputusan kerajaan terdahulu memansuhkan pilihan raya di seluruh negara sejak lebih 50 tahun lalu yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 antara lain bertujuan menghindari penguasaan Kerajaan Tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik bagi menutup kemungkinan berlakunya ketegangan dan ketidakharmonian kaum dalam masyarakat.

Takiyuddin berkata pihaknya percaya hikmah dan tujuan penting keputusan itu masih terpakai dan diperlukan hingga ke hari ini.

“Dengan penguasaan hampir mutlak kerusi-kerusi Parlimen di Kuala Lumpur oleh DAP, maka tidakkah Pilihan Raya PBT juga akan hanya menzahirkan citra politik etnik tunggal dari segi perwakilan yang akan dipilih kelak?

“PAS beranggapan kedua-dua kenyataan Tan dan Lim (Lim Kit Siang) jelas bermotifkan pengukuhan kedudukan dan penguasaan DAP ke atas hala tuju dan perjalanan negara dengan mengabaikan sisi-sisi teras yang selama ini mengikat semua pihak pada agenda dan budaya politik yang lebih waras, sederhana dan munasabah.

“Ini semakin mengesahkan kebimbangan banyak pihak, terutamanya orang Melayu terhadap niat sebenar DAP dan sama ada ia jujur dalam menjunjung kepentingan dan keutamaan nasional atau hanya mengutamakan kepentingan ideologi dan parokialismenya,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan dua pemimpin DAP yang mendapat perhatian banyak pihak susulan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan menyatakan Perlembagaan Malaysia tidak menyekat bukan Melayu dari menjadi Perdana Menteri manakala Kok Wai meminta kerajaan mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandaraya Kuala Lumpur. 

Pada Ahad lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

Kok Wai dilaporkan berkata, cadangan dikemukakan itu bertujuan untuk memperkukuhkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

“PAS memandang serius perkembangan mutakhir dalam naratif politik tanah air, terutamanya yang melibatkan pemimpin veteran DAP kerana mendapati ia sangat tidak wajar dan berpotensi mencetuskan ketegangan serta suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

“Selain itu, hakikat bahawa ia dibangkitkan oleh pemimpin kanan sebuah parti yang merupakan komponen kerajaan juga menimbulkan kecelaruan dan syak wasangka terhadap dasar dan hala tuju kerajaan sendiri, sekali gus menghakis tahap kebolehpercayaan terhadap kepimpinannya,” kata Takiyuddin. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *