Connect with us

Antarabangsa

Pam air laut ke terowong, Biden tidak dapat sahkan keselamatan tawanan zionis

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak dapat mengesahkan status keselamatan tawanan zionis susulan tindakan tentera pengganas Israel yang mula mengepam air laut ke dalam terowong yang didakwa digunakan pejuang Hamas di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Pam air laut ke terowong, Biden tidak dapat sahkan keselamatan tawanan zionis
Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak dapat mengesahkan status keselamatan tawanan zionis susulan tindakan tentera pengganas Israel yang mula mengepam air laut ke dalam terowong yang didakwa digunakan pejuang Hamas di Gaza.
  • Menjawab soalan media, Biden berkata pihaknya tidak mengetahui sejauh mana kebenaran maklumat yang menyatakan tiada tawanan zionis dalam terowong-terowong itu.
  • “Berkenaan dengan (idea) membanjiri terowong… Memang (ada pernyataan) bahawa tiada tebusan-tebusan dalam terowong-terowong, tetapi saya tidak mengetahuinya dengan pasti,” kata Biden dipetik The Times of Israel.
  • Wall Street Journal semalam melaporkan langkah membanjiri terowong dengan air laut itu adalah sebahagian strategi meluas rejim Israel untuk memusnahkan terowong.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak dapat mengesahkan status keselamatan tawanan zionis susulan tindakan tentera pengganas Israel yang mula mengepam air laut ke dalam terowong yang didakwa digunakan pejuang Hamas di Gaza.

Menjawab soalan media, Biden berkata pihaknya tidak mengetahui sejauh mana kebenaran maklumat yang menyatakan tiada tawanan zionis dalam terowong-terowong itu.

“Berkenaan dengan (idea) membanjiri terowong… Memang (ada pernyataan) bahawa tiada tebusan-tebusan dalam terowong-terowong, tetapi saya tidak mengetahuinya dengan pasti,” kata Biden dipetik The Times of Israel.

Semalam, dalam taklimat mengenai operasi ketenteraan Israel, Wall Street Journal melaporkan langkah membanjiri terowong dengan air laut itu adalah sebahagian strategi meluas rejim Israel untuk memusnahkan terowong.

Usaha itu bagaimanapun dikatakan masih di peringkat awal.

Menurut pegawai AS, sistem terowong sejauh 300 batu dan penggunaan pintu letupan tebal itu sedang dinilai Israel.

Katanya, proses mengepam air laut yang dijangka dilakukan beberapa minggu, bermula serentak dengan pemasangan dua pam tambahan oleh Israel daripada lima yang dipasang pada bulan lalu.

Langkah itu mendapat kritikan banyak pihak kerana ia dikatakan akan mewujudkan malapetaka alam sekitar dan memburukkan lagi keadaan air tawar di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending