Terkini
Mahkamah Russia haramkan gerakan LGBT, label aktivis sebagai ekstremis
Mahkamah Agung Russia pada Khamis memutuskan aktivis LGBTQ patut dilabel sebagai “ekstremis”.
- Mahkamah Agung Russia pada Khamis memutuskan aktivis LGBTQ patut dilabel sebagai “ekstremis”.
- Ia juga menetapkan sebarang aktiviti “gerakan antarabangsa LGBT dan cabang-cabangnya” di wilayah di negara itu adalah dilarang.
- Mahkamah turut menyatakan undang-undang itu akan berkuat kuasa dengan kadar segera tanpa menyebut individu atau golongan mana yang akan terkesan.
- Keputusan itu merupakan langkah drastik dikenakan terhadap kelompok songsang itu dalam tempoh sedekad pemerintahan Presiden Russia, Vladimir Putin yang menitikberatkan nilai keluarga tradisional, lapor Al Jazeera.
- Terdahulu, Kementerian Kehakiman Russia memfailkan tuntutan kepada Mahkamah Agung untuk mengharamkan operasi “pergerakan awam LGBT antarabangsa” di negara itu dan melabel gerakan itu sebagai ekstremis.
Mahkamah Agung Russia pada Khamis memutuskan aktivis LGBTQ patut dilabel sebagai “ekstremis”.
Ia juga menetapkan sebarang aktiviti “gerakan antarabangsa LGBT dan cabang-cabangnya” di wilayah di negara itu adalah diharamkan.
Mahkamah turut menyatakan undang-undang itu akan berkuat kuasa dengan kadar segera tanpa menyebut individu atau golongan mana yang akan terkesan.
Keputusan itu merupakan langkah drastik dikenakan terhadap kelompok songsang itu dalam tempoh sedekad pemerintahan Presiden Russia, Vladimir Putin yang menitikberatkan nilai keluarga tradisional, lapor Al Jazeera.
Jurucakap Putin, Dmitry Peskov bagaimanapun menyatakan kepada media bahawa kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah itu.
Pendengaran berhubung keputusan tersebut sebelum itu berlangsung secara tertutup tanpa pembelaan daripada pihak aktivis LGBTQ.
Pemimpin aktivis komuniti LGBTQ, Yan Dvorkin dilaporkan melarikan diri dari republik itu atas faktor keselamatan dan menyifatkan keputusan mahkamah tersebut sebagai titik kegilaan baru.
Dvorkin yakin golongan LGBTQ di Russia kini menjadi ‘kambing hitam’ oleh pihak berkuasa Russia ekoran peperangan dengan Ukraine pada tahun lalu.
Justeru, republik berkenaan dilihat cuba menyekat sebarang pengaruh yang ‘merosakkan’ dari Barat.
Terdahulu, Kementerian Kehakiman Russia memfailkan tuntutan kepada Mahkamah Agung untuk mengharamkan operasi “pergerakan awam LGBT antarabangsa” di negara itu dan melabel gerakan itu sebagai ekstremis.
Sumber: Al Jazeera