Connect with us

Terkini

Letak kalimah Allah, FINAS tarik balik dan arah poster Sijjin ditukar

Golden Screen Cinemas (GSC) diarahkan menarik balik dan membuat penukaran poster filem seram Indonesia, Sijjin kerana mengandungi lakaran yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
  • Golden Screen Cinemas (GSC) diarahkan menarik balik dan membuat penukaran poster filem seram Indonesia, Sijjin kerana mengandungi lakaran yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
  • Arahan itu dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ekoran lakaran poster itu memaparkan kalimah Allah pada kain hitam yang membaluti seorang wanita dipercayai dirasuk.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pihaknya mengarahkan GSC berbuat demikian selepas berbincang dengan syarikat pempamer filem (pawagam) itu.
  • Terdahulu, filem Sijjin terbitan Rapi Films bersama Sky Media dan Legacy Pictures mengundang kritikan masyarakat Muslim di negara ini, terutamanya di laman sosial Facebook apabila didakwa tidak sensitif dengan perkara membabitkan agama Islam.

KUALA LUMPUR – Golden Screen Cinemas (GSC) diarahkan menarik balik dan membuat penukaran poster filem seram Indonesia, Sijjin kerana mengandungi lakaran yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Arahan itu dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ekoran lakaran poster itu memaparkan kalimah Allah pada kain hitam yang membaluti seorang wanita dipercayai dirasuk.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pihaknya mengarahkan GSC berbuat demikian selepas berbincang dengan syarikat pempamer filem (pawagam) itu.

“FINAS ambil maklum tentang isu ini dan kami minta dan mengarah GSC untuk menarik balik serta menukar poster filem ini,” kata Azmir dipetik Berita Harian pada Isnin.

Terdahulu, filem Sijjin terbitan Rapi Films bersama Sky Media dan Legacy Pictures mengundang kritikan masyarakat Muslim di negara ini, terutamanya di laman sosial Facebook apabila didakwa tidak sensitif dengan perkara membabitkan agama Islam.

Menurut pemilik akaun bernama M.D. Hafiz Afandi, lakaran seperti ayat suci al-Quran dengan nama Allah tidak sepatutnya dilakukan sedemikian.

“Diletakkan pada gambar tak senonoh seperti hantu dan syaitan macam ini serta pada perempuan tidak menutup aurat.

“Dengan grafik sebegitu menggambarkan seolah-olah ayat-ayat Allah ini sesuatu yang menggerunkan dan tidak elok. Tidak nampak kemuliaan, adanya, bukan begitu caranya menulis ayat-ayat Allah,” katanya.

Dalam pada itu, individu bernama Aiman Ibnu Tarmizi berpandangan tindakan syarikat itu disifatkan terlalu ghairah mengaitkan hantu dengan agama.

“Islam diturunkan bukan untuk halau hantu semata-mata. Islam diturunkan untuk semua perkara. Namun mungkin ini indikator kedudukan Islam di hati Melayu. Islam hanya ketika berdepan dengan hantu,” katanya.

Pendakwah, Masri Ramli menerusi komentar di laman sosial yang sama turut mempersoalkan tindakan syarikat produksi itu.

“Apa benda ini semua? Jika yang buat benda ini semua orang kafir, saya tak pelik. Tetapi jika yang buat seorang Muslim, dekat mana maruah seorang Muslim,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *