Terkini
Kami akan jadikan Beirut seperti Gaza, Netanyahu beri amaran kepada Hizbullah
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada Hizbullah untuk tidak memulakan ‘Perang Lubnan ketiga’ susulan serangan kumpulan itu di utara wilayah haram Israel.
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada Hizbullah untuk tidak memulakan ‘Perang Lubnan ketiga’ susulan serangan kumpulan itu di utara wilayah haram Israel.
- “Jika Hizbullah memilih untuk memulakan peperangan secara menyeluruh, maka keadaan yang berlaku di Gaza dan Khan Younis akan terjadi kepada Beirut dan selatan Lubnan,” kata Netanyahu dipetik Jerusalem Post pada Khamis.
- Hizbullah menunjukkan solidaritinya terhadap kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas dengan melancarkan serangan ke wilayah negara haram Israel sejak meletusnya perang terkini bermula 7 Oktober lalu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada Hizbullah untuk tidak memulakan ‘Perang Lubnan ketiga’ susulan serangan kumpulan itu di utara wilayah haram Israel.
Netanyahu semasa lawatan ke markas kem komando rejim itu di utara Israel berkata pihaknya akan memastikan mereka memenangi peperangan itu sekiranya ia berlaku.
“Jika Hizbullah memilih untuk memulakan peperangan secara menyeluruh, maka keadaan yang berlaku di Gaza dan Khan Younis akan terjadi kepada Beirut dan selatan Lubnan.
“Saya di sini bersama anggota-anggota tentera menunjukkan semangat besar dan bersiap siaga untuk bertempur, menyelesaikan tugas, mengembalikan keamanan bukan hanya di selatan tetapi juga di utara. Ini adalah komitmen kami,” kata Netanyahu dipetik Jerusalem Post pada Khamis.
Hizbullah menunjukkan solidaritinya terhadap kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas dengan melancarkan serangan ke wilayah negara haram Israel sejak meletusnya perang terkini bermula 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun, kumpulan pejuang Syiah itu menahan daripada melancarkan kempen ketenteraan berskala besar bagi mengelakkan peperangan serantau lebih meluas.
Sejarah konflik antara negara haram Israel dengan Lubnan menyaksikan dua kali peperangan iaitu pada 1982 dan 2006.