Terkini
Jadikan Rukun Negara subjek pendidikan, elak doktrin politik – Senator
Penghayatan Rukun Negara yang telah menjadi tali pengikat kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara selama ini perlu diperhebatkan.
- Penghayatan Rukun Negara yang jadi tali pengikat kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara selama ini perlu diperhebatkan.
- Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh mencadangkan agar kerajaan menjadikan prinsip Rukun Negara sebagai subjek di sekolah untuk dihayati oleh setiap murid yang menjadi pewaris bangsa.
- Katanya, pendidikan Rukun Negara dapat menghalang tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyebarkan doktrin politik bermula dari pra sekolah.
- Jelas beliau, pendidikan Rukun Negara dapat membendung isu 3R iaitu agama, raja dan bangsa yang dimainkan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik.
- Mohamad Fatmi membuat cadangan tersebut ketika membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan di Dewan Negara hari ini.
KUALA LUMPUR – Penghayatan Rukun Negara yang telah menjadi tali pengikat kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara selama ini perlu diperhebatkan.
Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, setiap dari rakyat Malaysia seharusnya tahu, faham dan menghayati serta mengamalkan prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.
Menjadi kewajipan setiap warganegara memastikan jaminan kesejahteraan hidup berlandaskan prinsip bersatu padu yang mampan dapat berlangsung hingga ke generasi seterusnya.
Katanya, kedamaian dan kesejahteraan hidup yang dimiliki Malaysia tidak terbentuk dalam sekelip mata dan ia merupakan satu proses kehidupan bersama yang telah dialami sejak sekian lama.
Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan menjadikan prinsip Rukun Negara sebagai subjek di sekolah untuk dihayati oleh setiap murid yang menjadi pewaris bangsa.
“Sekolah bukan sahaja berperanan mendidik anak bangsa menjadi generasi berilmu malah ia juga mestilah berjaya dan berupaya melahirkan setiap rakyat Malaysia yang kekal dengan jati diri yang menjunjung semangat Rukun Negara.
“Ia boleh menjadi satu subjek penting yang akan didik di semua pra sekolah, taman asuhan kanak kanak, kindergarten mahu pun apa jua namanya selagi tempat di mana anak anak yang menjadi pewaris negara ini memulakan alam persekolahan mereka, maka kurikulum baru ini akan menjadi teras dalam pembentukan diri untuk mereka terima dan fahami,” katanya.
Mohamad Fatmi membuat cadangan tersebut ketika membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan di Dewan Negara hari ini.
Katanya, pendidikan Rukun Negara dapat menghalang tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyebarkan doktrin politik bermula dari pra sekolah.
“Melentur buluh biar dari rebung kita tidak mahu lagi membiarkan adanya unsur menanam doktrin politik berlaku di pra sekolah tertentu. Pemikiran anak-anak yang seharusnya suci dari sebarang anasir buruk tapi sayang di selewengkan dengan perkara yang tidak membantu dalam pembentukan masyarakat sivil yang bertamadun.
“Pendidikan awal ini amat penting supaya setiap dari anak anak negara ini sentiasa meletakkan muafakat, tolak ansur dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain adalah asas kepada melahirkan sebuah masyarakat yang dinamik dan berketerampilan namun tetap menjunjung asas kepercayaan hidup bermasyarakat dan bernegara,” katanya.
Jelas beliau, pendidikan Rukun Negara dapat membendung isu 3R iaitu agama, raja dan bangsa yang dimainkan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik.
Tindakan undang undang perlu dilaksanakan selaras dengan usaha murni kerajaan menjadikan semangat Rukun Negara di dalam pembudayaan masyarakat madani. – MalaysiaGazette
Sumber : Malaysia Gazette
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord