Connect with us

Terkini

Isu pemantauan SPRM dan PETRONAS: Agihan kuasa antara dua pihak lebih selamat dari kuasa mutlak – Tun M

Agihan kuasa antara Institusi Raja dan Parlimen adalah lebih selamat dari kuasa mutlak, demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS di bawah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (kanan).
  • Agihan kuasa antara Institusi Raja dan Parlimen adalah lebih selamat dari kuasa mutlak, demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS di bawah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
  • Bekas Perdana Menteri itu berkata, sesuatu undang-undang atau dasar atau keputusan hanya boleh dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Kenyataan Sultan Johor baru-baru ini yang dia mahu SPRM dan Petronas melapor secara langsung kepadanya serta beberapa perancangan lain apabila dia menjadi Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh diambil ringan.
  • “Walaupun kuasa tersebut tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan, keinginan yang disampaikan oleh Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait dengan peranan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan,” kata Dr Mahathir dalam ciapannya di platform X pada Selasa.
  • Sebelum ini, media melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu lebih banyak tanggungjawab diberi kepada YDPA, termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM dan PETRONAS.

KUALA LUMPUR – Agihan kuasa antara Institusi Raja dan Parlimen adalah lebih selamat dari kuasa mutlak, demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS di bawah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sesuatu undang-undang atau dasar atau keputusan hanya boleh dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Katanya, Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri telah menggariskan secara terperinci mengenai peranan dan tanggungjawab raja yang memerintah negeri serta YDPA.

Kenyataan Sultan Johor baru-baru ini yang dia mahu SPRM dan Petronas melapor secara langsung kepadanya serta beberapa perancangan lain apabila dia menjadi Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh diambil ringan.

“Walaupun kuasa tersebut tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan, keinginan yang disampaikan oleh Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait dengan peranan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan,” kata Dr Mahathir dalam ciapannya di platform X pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu lebih banyak tanggungjawab diberi kepada YDPA, termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM dan PETRONAS.

Sultan Ibrahim yang akan menjadi YDPA tidak lama lagi berkata, dua badan itu perlu melapor secara terus kepada Istana Negara berbanding Parlimen.

Baginda bertitah dengan meletakkan SPRM di bawah YDPA, maka ia akan dapat menjamin kebebasan suruhanjaya itu.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata sebelum kuasa Raja-Raja dan YDPA diperincikan di dalam Perlembagaan disediakan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, pihak Raja-Raja mudah dipaksa oleh British supaya menyerah negeri-negeri mereka kepada British dan mereka menjadi Raja yang tidak ada negeri.

“Hari ini tekanan perlu dibuat juga kepada Parlimen. Hanya jika Raja dan Parlimen bersetuju barulah sesuatu undang-undang atau dasar atau keputusan boleh dibuat. Agihan kuasa antara dua pihak lebih selamat dari kuasa mutlak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *