Antarabangsa
(VIDEO) Israel tolak penyelesaian dua negara selepas perang Gaza berakhir – Duta Israel ke UK
Israel menolak secara ‘mutlak’ penyelesaian dua negara selepas perang Gaza berakhir, kata Duta Israel ke United Kingdom (UK), Tzipi Hotovely.
- Israel menolak secara ‘mutlak’ penyelesaian dua negara selepas perang Gaza berakhir, kata Duta Israel ke United Kingdom (UK), Tzipi Hotovely.
- Ditanya bagaimana keamanan akan dicapai tanpa perjanjian penubuhan negara Palestin, Hotovely dalam temu bual dengan Sky News mendakwa Palestin tidak mahu berjiran dengan Israel.
- “Israel tahu hari ini dan dunia sepatutnya tahu sekarang bahawa Palestin tidak mahu memiliki negara di sebelah Israel.
- “Mereka mahu memiliki negara ‘dari sungai ke laut’. Mereka menyatakan dengan jelas.” kata Hotovely dipetik Arab News.
- Rejim zionis Israel telah membunuh lebih 18,500 rakyat Palestin melalui serangan udara dan darat sepanjang tempoh dua bulan lalu dengan majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak.
LONDON – Israel menolak secara ‘mutlak’ penyelesaian dua negara selepas perang Gaza berakhir, kata Duta Israel ke United Kingdom (UK), Tzipi Hotovely.
Ditanya bagaimana keamanan akan dicapai tanpa perjanjian penubuhan negara Palestin, Hotovely dalam temu bual dengan Sky News mendakwa Palestin tidak mahu berjiran dengan Israel.
“Israel tahu hari ini dan dunia sepatutnya tahu sekarang bahawa Palestin tidak mahu memiliki negara di sebelah Israel.
“Mereka mahu memiliki negara ‘dari sungai ke laut’. Mereka menyatakan dengan jelas.” kata Hotovely dipetik Arab News.
Beliau turut mengkritik Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana enggan mengutuk serangan Hamas ke atas negara haram Israel pada 7 Oktober lalu.
Hotovely turut ditanya mengenai seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyegerakan gencatan senjata kemanusiaan.
“Gencatan senjata? Tidak. Perkara ini hanya membenarkan serangan yang berulang seperti 7 Oktober yang lalu.
“Adakah anda ingat mana-mana negara di dunia yang membuat jeda kemanusiaan (gencatan senjata sementara) kepada musuh? Saya tidak ingat pihak anda (UK) membantu Nazi Jerman atau saya tidak ingat Amerika membantu Jepun semasa Perang Dunia Kedua,” kata Duta Israel itu.
Rejim zionis Israel telah membunuh lebih 18,500 rakyat Palestin melalui serangan udara dan darat sepanjang tempoh dua bulan lalu dengan majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak.
Sumber: Arab News