Connect with us

Terkini

Israel tawar ganjaran RM4.6 juta tangkap pemimpin Hamas di Gaza

Terdesak untuk menang perang, rejim zionis Israel semalam menggugurkan risalah menawarkan ganjaran tunai berjumlah $1 juta (RM4.6 juta) bagi maklumat membawa kepada penangkapan pemimpin Hamas di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel tawar ganjaran RM4.6 juta tangkap pemimpin Hamas di Gaza
Foto: Komander di Selatan Gaza, Muhammad Sinwar.
  • Terdesak untuk menang perang, rejim zionis Israel semalam menggugurkan risalah menawarkan ganjaran tunai berjumlah $1 juta (RM4.6 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan pemimpin Hamas di Gaza.
  • Kedudukan pertama dalam senarai itu adalah Ketua Hamas di Gaza yang juga individu paling dikehendaki Israel, Yahya Sinwar dengan ganjaran $400,000 (RM1.8 juta).
  • Ia diikuti saudara Yahya yang juga komander di selatan Gaza, Muhammad Sinwar dengan ganjaran $300,000 (RM1.4 juta); Komander Batalion Khan Younis, Rafea Salama $200,000 (RM933,000) dan Komander Hamas, Mohammed Deif $100,000 (RM466,000).
  • Terdahulu, rejim pengganas zionis Israel menggunakan taktik sama mengagihkan risalah menghalau penduduk Gaza supaya bergerak dari satu tempat ke tempat lain selain bagi mendapatkan maklumat warga Israel yang ditawan Hamas.

KUALA LUMPUR – Terdesak untuk menang perang, rejim zionis Israel semalam menggugurkan risalah menawarkan ganjaran tunai berjumlah $1 juta (RM4.6 juta) bagi maklumat membawa kepada penangkapan pemimpin Hamas di Gaza.

Kedudukan pertama dalam senarai itu adalah Ketua Hamas di Gaza yang juga individu paling dikehendaki Israel, Yahya Sinwar dengan ganjaran $400,000 (RM1.8 juta).

Ia diikuti saudara Yahya yang juga komander di selatan Gaza, Muhammad Sinwar dengan ganjaran $300,000 (RM1.4 juta); Komander Batalion Khan Younis, Rafea Salama $200,000 (RM933,000) dan Komander Hamas, Mohammed Deif dengan ganjaran $100,000 (RM466,000).

Tentera rejim Israel sebelum ini mendakwa mereka membunuh atau menangkap ribuan pejuang Palestin, namun tetap gagal menjejaki pimpinan Hamas di Gaza.

The National melaporkan helaian risalah yang tular di media sosial semalam turut memaparkan nombor telefon dan ID aplikasi Telegram tentera Israel untuk dihubungi orang ramai.

Israel juga dilaporkan memberi jaminan melindungi identiti individu memberi maklumat membawa kepada penangkapan pemimpin Hamas itu.

Terdahulu, rejim pengganas zionis Israel menggunakan taktik sama mengagihkan risalah menghalau penduduk Gaza supaya bergerak dari satu tempat ke tempat lain selain bagi mendapatkan maklumat warga Israel yang ditawan Hamas. – The Merdeka Times

Author