Antarabangsa
Empat maut serangan ekstremis di bandar majoriti Muslim Filipina
Empat individu disahkan terbunuh dalam serangan bom di gimnasium Universiti Negeri Mindanao (MSU), Ahad lalu.
- Empat individu disahkan terbunuh dalam serangan bom di gimnasium Universiti Negeri Mindanao (MSU), Ahad lalu.
- Pihak berkuasa Filipina melaporkan 50 yang lain tercedera dalam insiden pengeboman ketika upacara Katolik di Marawi, bandar terbesar majoriti Muslim selatan Filipina.
- Datuk Bandar Marawi, Majul Gandamra menggesa ahli masyarakat dalam kalangan komuniti Muslim atau komuniti Kristian untuk terus bersatu hati.
- “Bandar kita telah lama menjadi mercu tanda kewujudan bersama secara aman dan harmoni, tindakan keganasan seperti itu tidak akan melunturkan komitmen bersama kita untuk mempertahankan keamanan dan kesatuan,” kata Gandamra dalam kenyataan mengutuk serangan itu.
- The Manila Times melaporkan Ketua Polis Wilayah Bangsamoro, Brigedier General Allan Nobleza dalam satu temu ramah berkata pihaknya sedang menyiasat jika pengeboman itu ada kaitan dengan insiden serangan ke atas puak militan beberapa hari sebelumnya.
Empat individu disahkan terbunuh dalam serangan bom di gimnasium Universiti Negeri Mindanao (MSU), Ahad lalu.
Pihak berkuasa Filipina melaporkan 50 yang lain tercedera dalam insiden pengeboman ketika upacara Katolik di Marawi, bandar terbesar majoriti Muslim selatan Filipina.
Datuk Bandar Marawi, Majul Gandamra menggesa ahli masyarakat dalam kalangan komuniti Muslim atau komuniti Kristian untuk terus bersatu hati.
“Bandar kita telah lama menjadi mercu tanda kewujudan bersama secara aman dan harmoni, tindakan keganasan seperti itu tidak akan melunturkan komitmen bersama kita untuk mempertahankan keamanan dan kesatuan,” kata Gandamra dalam kenyataan mengutuk serangan itu.
The Manila Times melaporkan Ketua Polis Wilayah Bangsamoro, Brigedier General Allan Nobleza dalam satu temu ramah berkata pihaknya sedang menyiasat jika pengeboman itu ada kaitan dengan insiden serangan ke atas puak militan beberapa hari sebelumnya.
MSU di dalam kenyataannya mengutuk “tindakan keganasan itu” menangguhkan kelas-kelas yang dijadualkan dan meletakkan pegawai keselamatan di sekitar kampusnya.
“Kami bersolidariti dengan komuniti Kristian kami dan semua yang terkesan disebabkan tragedi ini,” kata kenyataan dikeluarkan universiti itu dipetik Thai BPS World.
Sabtu lalu, tentera Filipina mengumumkan mereka menewaskan 11 militan dikaitkan dengan ISIS dalam satu operasi kira-kira 200 kilometer dari Marawi. – The Merdeka Times