Terkini
Digital ID mudahkan rakyat – MCCA
Kerajaan dalam fasa pelaksanakan Identiti Digital Nasional (IDN) sebagai usaha untuk memperkasakan transformasi digital di negara ini.
- Kerajaan dalam fasa pelaksanakan Identiti Digital Nasional (IDN) sebagai usaha untuk memperkasakan transformasi digital di negara ini.
- Digital ID adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang bakal dimanfaatkan sektor awam serta swasta. Ia mengesahkan identiti pengguna ketika melakukan transaksi secara dalam talian.
- Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, IDN memberikan kemudahan akses yang luar biasa kepada pengguna.
- “Menerusi IDN, proses mendaftar dan mengakses perkhidmatan kerajaan seperti permohonan pasport dan pembayaran cukai dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efisien,” katanya kepada Metro.
- Kewujudan Digital ID ini memudahkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan pada masa depan serta urusan lain dengan lebih sistematik.
Kerajaan dalam fasa pelaksanakan Identiti Digital Nasional (IDN) sebagai usaha untuk memperkasakan transformasi digital di negara ini.
Digital ID adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang bakal dimanfaatkan sektor awam serta swasta. Ia mengesahkan identiti pengguna ketika melakukan transaksi secara dalam talian.
Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID adalah platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan dalam talian.
Kewujudan Digital ID ini memudahkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan pada masa depan serta urusan lain dengan lebih sistematik.
Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, IDN memberikan kemudahan akses yang luar biasa kepada pengguna.
“Menerusi IDN, proses mendaftar dan mengakses perkhidmatan kerajaan seperti permohonan pasport dan pembayaran cukai dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efisien.
“Ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga mengurangkan kesukaran yang sering dialami dalam prosedur pendaftaran tradisional.
“Keunikan IDN ini memungkinkan keseragaman dalam proses ini, memberikan pengalaman yang lebih seragam dan mudah kepada pengguna,” katanya kepada #ITMetro.
Ahmad Noordin berkata, IDN memudahkan cara interaksi antara penyedia perkhidmatan.
“Sebagai contoh dengan satu identiti digital, pengguna dapat mendaftar pelbagai platform e-dagang dan e-wallet tanpa perlu menjalani proses KYC yang berulang.
“Ini bukan sahaja memudahkan pengguna, tetapi juga menambah kecepatan dan keefisienan dalam transaksi digital.
“IDN juga mampu mengurangkan birokrasi, sekali gus mengoptimumkan impak penyaluran subsidi kerajaan dengan membantu proses penyaluran bantuan kepada sasaran dengan terus, lebih tepat dan berkesan,” katanya.
Beliau berkata, ini sangat bermanfaat dalam konteks pemberian bantuan kewangan atau subsidi kerajaan, memastikan bantuan bersasar dapat diberikan dengan lebih cepat dan mengurangi kesusahan rakyat dalam menerima manfaat yang mereka layak.
Katanya, aspek keselamatan transaksi dalam talian juga ditingkatkan dengan penggunaan IDN.
Menurutnya, dalam konteks keselamatan siber, IDN menjadi elemen penting dalam mengurangkan risiko penipuan transaksi perbankan dalam talian (scam, transaksi tidak sah) termasuk isu kecurian identiti yang juga kaedah yang sering kali diguna pakai penjenayah siber.
“Implementasi IDN menawarkan potensi untuk meningkatkan posisi Malaysia dalam ‘IMD World Digital Competitiveness Ranking’ yang kini di tangga ke-33.
“Melalui IDN, Malaysia dapat menunjukkan kemajuan signifikan dalam aspek pengetahuan teknologi, kesiapan teknologi dan adaptasi masa depan.
“Ini akan membantu meningkatkan profil digital negara di mata dunia, memperluas peluang investasi asing dan kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi dan inovasi,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini21 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini24 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza