Antarabangsa
Dera seksual kanak-kanak empat tahun, Pedofil transgender dan pasangan dipenjara 16 tahun
Seorang pedofil lelaki transgender dan pasangannya dikenakan hukuman kolektif penjara 16 tahun sembilan bulan selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak berumur empat tahun.
- Seorang pedofil lelaki transgender dan pasangannya dikenakan hukuman kolektif penjara 16 tahun sembilan bulan selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak berumur empat tahun.
- Naomi O’ Brien sebelum ini dikenali sebagai Nathan dan pasangannya, Jonathan Walker ditahan selepas siasatan Polis Manchester dan South Wales.
- O’Brien didapati membantu dan menggalakkan Walker untuk melakukan penderaan seksual ke atas mangsa beberapa kali pada Mac lalu.
- Hasil siasatan mendapati Walker merogol kanak-kanak itu dan memuat naik rakaman video penderaan serta berkongsi dengan pedofil lain di atas talian.
UNITED KINGDOM – Seorang pedofil lelaki transgender dan pasangannya dikenakan hukuman kolektif penjara 16 tahun sembilan bulan selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak berumur empat tahun.
Naomi O’ Brien sebelum ini dikenali sebagai Nathan dan pasangannya, Jonathan Walker ditahan selepas siasatan Polis Manchester dan South Wales.
O’Brien didapati membantu dan menggalakkan Walker untuk melakukan penderaan seksual ke atas mangsa beberapa kali pada Mac lalu.
Hasil siasatan mendapati Walker merogol kanak-kanak itu dan memuat naik rakaman video penderaan serta berkongsi dengan pedofil lain di atas talian.
Penyiasat turut menganalisis log sembang mengandungi mesej antara Walker dan O’Brien yang memaparkan kecenderungan seksual pelaku terhadap kanak-kanak, lapor Reduxx pada Sabtu.
“Berdasarkan penyiasatan jangka masa panjang terhadap 1,865 mesej, pihak kami dapat membuktikan perbualan suspek (O’ Brien) bukan sekadar fantasi.
“Dia mengetahui lelaki tersebut (Walker) mempunyai minat untuk melakukan penderaan seksual terhadap budak lelaki,” kata penyiasat kes itu, Detektif Zoe Marsden.
Walker didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu kerana melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dan memiliki gambar tidak senonoh.
Dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun enam bulan, manakala O’brien dijatuhi hukuman penjara empat tahun tiga bulan.
Sumber: Reduxx